suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis... Budak 11 tahun maut, dua adik kritikal disyaki diberi minum methadone

Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia ketika dihantar ke hospital untuk menerima rawatan . -Gambar hiasan

SATU insiden tragis berlaku di Sungai Ramal Baru, Kajang apabila seorang ibu dipercayai memberikan cecair berbahaya jenis methadone kepada tiga anak lelakinya, mengakibatkan seorang daripadanya meninggal dunia dalam kejadian pada Rabu.

Mangsa yang maut merupakan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, manakala dua lagi adiknya berusia sembilan dan lima tahun kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut maklumat, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) menerima ketiga-tiga kanak-kanak tersebut pada pukul 7.50 pagi untuk rawatan kecemasan. 

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia, seorang lagi ditempatkan di unit rawatan rapi dan seorang lagi dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas ibu mangsa yang berusia 35 tahun, memberi ubat jenis methadone kepada tiga anaknya itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat.

Artikel Lain