SEORANG lelaki meluahkan rasa kesal dengan sikap isterinya yang didakwa derhaka dengan suami walaupun mengamalkan gaya hidup seorang Muslimah sejati.Dakwa pengadu, isterinya terlalu mengejar pahala akhirat sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada suami. "Apa hukumnya seorang isteri yang solat tak tinggal, join kelas mengaji dan juga menjadi ahli jawatankuasa (AJK) masjid tapi biadab dengan suami."Dia juga sering mengelak apabila diajak bersama (melakukan hubungan intim)... ada saja alasannya," katanya menerusi luahan di Facebook.Seorang isteri sepatutnya lebih telus dan jujur bagi mengelakkan pergaduhan dengan suami. -Gambar hiasan AITambah lelaki itu, isterinya juga dikatakan kerap berbohong selain membelakanginya sebagai dalam apa jua hal."Isteri berbohong dengan saya, mengunci skrin telefon agar saya tak dapat check dan baca (kandungan dalam telefon). Saya tak pasti rahsia apa yang disimpan agaknya."Dia juga daftar umrah tanpa berbincang dan minta izin suami. Keluar rumah tanpa izin, tinggalkan suami di rumah berminggu-minggu dan merahsiakan daripada suami keberadaannya," ujar lelaki itu lagi.Apa yang lebih menggores hati, layanan isterinya terhadap orang luar jauh lebih mesra berbanding dia sebagai suami."Dengan rakan-rakan, manis senyuman isteri sampai ke telinga. Kalau kawan mesej di WhatsApp, tak sampai seminit dah balas."Kalau suami WhatsApp beritahu dia apa-apa, selepas berjam-jam atau esok lusa baru dia baca atau balas dengan perkataan 'ok' atau menggunakan emoji sahaja," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi senyuman, isteri berubah 360 darjah! Tawar hati dapat tahu suami berzina - “Bercakap dengan saya pun dah tak nak”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah ‘selera’ lepas ada adik angkat, kerap bawa balik rumah... Suami terkejut jumpa ‘sesuatu’ dalam almariPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang cuba meneka punca perubahan sikap si isteri selepas dikongsikan pengadu."Bro ajak dia dia pergi dating. Cuba tanya daripada hati ke hati. Dengar luahan dia. Jika dia tak nak, lepaskan sahaja."Kenapa dia macam tu? Ada cuba selidik? Tak mungkin perangai buruk macam tu sejak awal kahwin?Suami terkilan isteri yang aktif hal agama berubah layanan terhadapnya.Isteri didakwa berahsia, mengelak dan kurang meluangkan masa bersama.Keluar rumah tanpa izin dan daftar umrah tanpa berbincang.Netizen nasihat berbincang dan muhasabah diri.Zulkifli jelaskan taat suami itu ma’ruf, dakwaan ahli neraka tidak benar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Suami kena tegur isteri dan didik ke arah kebaikan. Mungkin dia buat begitu kerana dia yang uruskan rumah tangga. Mungkin dah tawar hati dengan sikap awak," komen beberapa netizen.Hukum isteri tolak ajakan bersama suamiMenurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, isteri wajib mentaati suami dalam perkara maaruf serta memenuhi ajakan suami untuk bersama, kecuali jika mempunyai uzur syar'i yang dibenarkan.Zulkifli menjelaskan, hubungan suami isteri adalah hak bersama yang perlu dibincang dengan baik, di samping menjaga adab dan hukum agar tidak berlaku kezaliman.Namun, dakwaan bahawa isteri yang menolak ajakan suami akan menjadi ahli neraka serta terhapus segala amal ibadah adalah tidak tepat dan tidak benar.