suria

Jiran tak mengaku 'peram' parcel tersilap hantar, tergamam lepas 'kantoi' - "Barang saya dah dibuka"

Wujud individu tidak bertanggungjawab menyimpan bungkusan jiran yang dihantar ke rumahnya. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda meluahkan rasa kecewa apabila jiran menyimpan bungkusan miliknya yang tersilap dihantar oleh syarikat kurier.

Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila jiran tersebut tidak mengakui ada menyimpan bungkusan berkenaan.

Dia mendakwa bungkusan tersebut disimpan dalam tempoh yang cukup lama iaitu kira-kira dua minggu.

Parcel yang terlalu banyak menyebabkan ada ketikanya rider tersalah alamat. -Gambar hiasan AI'Parcel' yang terlalu banyak menyebabkan ada ketikanya rider tersalah alamat. -Gambar hiasan AI

"Jiran dari neraka. Bungkusan silap hantar ke rumah dia, dua minggu 'peram' sedangkan selang tiga rumah je. 

"Alamat dan nama pun ada, berjiran dah 26 tahun. Bila buat laporan dapat gambar bungkusan tu kat rumah dia.

"Bila pergi rumah dia, mati-mati tak mengaku, dah tunjuk gambar anak dia yang terima, terus tergamam," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar beribu parcel, dapat gaji RM230 je! Isteri pekerja kurier berang suami dikenakan penalti tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier pesan kepada penerima parcel... Tak ucap terima kasih pun tak apa, ada juga rider suka beramah mesra

Lebih mengecewakan, bungkusan berkenaan telah dibuka termasuk kotak dan pembalutnya.

"Allah uji lagi kesabaran saya, barang saya dibuka pembalut botol ubat batuk pun dah terbuka," katanya.

  • Pemuda mendakwa jirannya menyimpan parcel selama dua minggu.
  • Jiran pada awalnya menafikan menerima bungkusan itu.
  • Parcel didakwa sudah dibuka sebelum dipulangkan.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman sama.
  • Penjual dakwa kejadian menjejaskan penilaian pelanggan.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa berdepan pengalaman serupa apabila bungkusan mereka disimpan jiran.

"Pernah jadi macam ni, bila kita tanya tak mengaku tapi tiba-tiba anak dia tengah pegang barang kita siap ada nama lagi," katanya.

Manakala seorang lagi warga maya memaklumkan kejadian yang sama berlaku kepada pelanggan hingga memberi kesan kepadanya.

"Jiran buka dan guna, bila kurier pergi minta dia bagi jer barang yang dah guna. Pembeli tu reda tapi saya jadi mangsa keadaan sebab dia bagi rating dua bintang kat saya," katanya.

 

Artikel Lain