KEPUTUSAN seorang lelaki untuk berkahwin segera selepas perkenalan singkat dengan seorang wanita di aplikasi janji temu berakhir dengan kekecewaan.Mana tidaknya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan bayi yang dilahirkan isteri bukanlah zuriat dari benihnya. Kisah ini didedahkan seorang lelaki yang mendakwa suami malang itu adalah sepupunya, sekali gus menjadi mangsa penipuan.Setiap pasangan berkahwin mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. -Gambar hiasan AI"Baru kenal dekat dating apps terus ajak kahwin. Nikah pagi, petang dia dah bawa balik kampung. Sebulan kemudian majlis kat belah makcik aku."Aku perasan pengantin perempuan macam dah berisi. Rasa power betul sepupu aku. Nak pendekkan cerita tak sampai enam bulan dah bersalin," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Usah salahkan undang-undang, ini penjelasan mengapa bapa biologi tak perlu tanggung nafkah anak luar nikahARTIKEL BERKAITAN:Tak perlu guna ‘bin Abdullah’ ketika daftar zuriat tak sah taraf... Ini cara pelihara aib anak tak berdosaMenurutnya, pada peringkat awal mereka beranggapan isteri sepupunya itu mengalami komplikasi hingga terpaksa melahirkan anak tidak cukup bulan."Tapi jururawat sendiri pelik sebab bayi lahir cukup sifat, tak nampak macam bayi tak cukup bulan."Bila ralat dia buat ujian DNA. Terus 'kantoi bodoh' bukan anak sepupu aku. Murung terus dia," katanya.Lelaki kecewa selepas ujian DNA sahkan bayi dilahirkan isteri bukan anak kandungnya.Perkahwinan yang dilangsungkan selepas berkenalan di aplikasi dating berakhir dengan penipuan.Pengantin perempuan didakwa sudah hamil sebelum berkahwin.Bayi lahir cukup sifat, tidak seperti bayi pramatang, punca ujian DNA dilakukan.Kes ini menjadi peringatan supaya tidak terburu-buru berkahwin tanpa mengenali hati budi pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian individu itu dibuat selepas ada warga maya menyarankan lelaki yang masih teruna tidak memberikan hantaran kepada wanita yang sudah kehilangan dara sebelum berkahwin."Perempuan belum kahwin dan tak ada dara, tak perlu hantaran. Kita terima dia sebagai 'pak sanggup' pun dah okay dah."Aku nak bagi jalan kepada perempuan yang rosak untuk hidup dan boleh kahwin dengan orang lelaki yang jaga batas pergaulan," katanya.