SEORANG peguam syarie berkongsi bahawa di mahkamah cinta tidak dinilai, sebaliknya yang diambil kira hanyalah bukti transaksi.Oleh itu dia menasihatkan orang ramai apabila memindahkan wang kepada pasangan, adalah penting untuk menulis tujuan sebenar pada ruangan rujukan (reference) dalam transaksi bank. "Apabila anda ingin memindahkan wang kepada pasangan, jangan sesekali menulis ayat i love you pada ruangan rujukan."Ini bukan bermakna anda tidak romantik, tetapi ia tidak akan membantu pada masa hadapan," katanya.Perselisihan faham adalah lumrah hidup berpasangan. -Gambar hiasan AIJelasnya, ruangan rujukan tersebut sangat penting kerana ia boleh menjadi bahan bukti yang sah. "Dalam mahkamah, emosi tidak diambil kira yang dinilai hanyalah bukti dan niat sebenar transaksi tersebut dilakukan," katanya.Menulis tujuan sebenar amat penting terutama dalam situasi seperti pertikaian harta, tuntutan nafkah, perceraian dan kematian atau urusan pusaka.Katanya, ayat seperti i love you tidak dapat menjelaskan sama ada wang yang dipindahkan adalah untuk:- Nafkah isteri- Pinjaman- Hadiah- Belanja anakUntuk memastikan transaksi anda sah dan mudah dirujuk di masa hadapan, gunakan ayat yang spesifik:- Nafkah isteri bulan Disember 2025- Belanja sekolah anak- Bayaran sewa rumah- Hadiah ulang tahun hibah- Pinjaman sementara"Jika ingin menunjukkan kasih sayang, lakukan di aplikasi WhatsApp atau mesej peribadi."Tetapi untuk urusan kewangan, tulis rujukan dengan jelas dan tepat agar ia menjadi bukti yang sah sekiranya diperlukan pada masa hadapan," katanya.