Ada individu suka 'bunuh' kegembiraan orang lain dengan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati. -Gambar hiasan AI
KEBANYAKAN individu yang pergi bercuti akan berkongsi foto atau video sepanjang perjalanan di media sosial sebagai album kenangan.Namun bagi wanita ini, perkongsiannya mengenai percutian bermain salji di luar negara menjadi perhatian selepas menerima reaksi tak disangka-sangka daripada beberapa kenalan. Menurutnya, seperti orang lain dia hanya berniat berkongsi kenangan dan pengalaman namun tidak menyangka ada segelintir individu yang meninggalkan komen berunsur negatif.Menunaikan umrah dan haji di Makkah menjadi impian setiap umat Islam. -Gambar hiasan“Saya kongsikan status sebagai penutup cerita percutian bermain salji, tiba-tiba ada yang respon di status WhatsApp tu bertanya bila saya nak ke Makkah."Takkanlah nak kena beritahu satu-satu nak pergi mana lepas ni,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Kritik destinasi percutian, sindir orang melancong... Wanita bidas individu 'terpaling musafir' lihat bumi Allah - "Aku nak ke Makkah, Madinah je"ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas nikah gadis 20-an kini penat jaga bayi... Isteri pertama sibuk ‘travel’, bahagia bersama anak-anakWanita itu berkata dia tidak mampu membalas setiap komen yang diterima, namun tetap berterima kasih kepada individu yang memberi kata-kata positif serta sokongan.“Tak mampu nak balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik daripada semua, cuma komen macam ni buat saya 'triggered' (tersentak)."Sebenarnya dari hari pertama muat naik pun ramai yang beri komen toksik, cuma saya tak kongsikan. Saya masih cuba balas secara positif," katanya.Wanita kongsi pengalaman bermain salji, terima pelbagai reaksi netizen.Ada yang tanya bila dia nak ke umrah, dia balas secara positif.Komen toksik tidak patahkan semangat, jadi motivasi untuk berjaya.Luah hasrat menunaikan umrah bersama keluarga.Perkongsian ini dedah sikap “joykiller”, tapi ada juga nasihat membina.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam masa sama, wanita itu turut meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya yang sudah lama diimpikan.“Korang doakan saya dapat pergi umrah okay. Saya dah lama teringin nak pergi, nak bawa abah, suami dan anak sekali. "Tipulah kalau tak nak pergi, itu tempat idaman semua umat Islam. Semoga Allah permudahkan urusan semua,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mendakwa ramai yang suka menjadi 'joykiller' terhadap kegembiraan orang lain."Joykiller, apa dia fikir pergi Makkah tu macam pergi melancong ke? Terpaling beramal soleh. Padahal cemburu."Nasihat saya pedulikan kata orang tu tapi dalam masa yang sama awak kumpul duit sikit-sikit untuk umrah jika berkemampuan," antara komen netizen.