SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika dia menyaksikan situasi dialami seorang pesakit yang ditemani anaknya di sebuah klinik pergigian milik kerajaan.Menurutnya pesakit berkenaan berdepan kesukaran untuk membuat bayaran caj rawatan sebanyak RM2 kerana baki dalam kad bank tidak mencukupi. Pesakit tersebut kemudian cuba membayar menggunakan wang tunai RM20, namun dimaklumkan oleh jururawat bahawa klinik berkenaan hanya menerima bayaran tanpa tunai.Bukan semua pelanggan mempunyai wang mencukupi di dalam kad. -Gambar hiasan AI"Jururawat beritahu di situ semuanya cashless. Apabila pesakit hulur RM20, jururawat tanya pula sama ada ada duit kecil."Pesakit itu memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai wang kecil dan minta diri untuk keluar sekejap bagi menukar wang," katanya mengimbas apa yang berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga pesan pelanggan ‘jangan nak cashless sangat’, internet bukan OK sentiasa! Tak tawar bayaran cara hutangARTIKEL BERKAITAN: Warga asing enggan bantu wanita tempatan tak bawa cash di stesen MRT, siap sound ‘jangan minta sedekah’Namun, seorang lagi jururawat bergurau dengan mengatakan supaya pesakit tersebut menyimpan sahaja baki wang berkenaan sebelum mereka ketawa bersama.Selepas 15 minit, pesakit berkenaan kembali ke kaunter dengan membawa wang kecil bagi melunaskan bayaran."Dia pun menyerahkan wang RM2 kepada petugas sebelum seorang doktor membantu membuat bayaran menggunakan kad," katanya.Pesakit berdepan masalah bayar caj RM2 kerana baki kad tidak mencukupi.Klinik hanya terima bayaran tanpa tunai menyebabkan pesakit keluar tukar wang.Pesakit kembali selepas 15 minit untuk selesaikan bayaran.Doktor membantu membuat pembayaran menggunakan kad.Perkongsian cetus perdebatan isu sistem cashless.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang tidak berpuas hati dengan sistem pembayaran tanpa tunai sahaja di fasiliti kesihatan milik kerajaan kerana dikatakan tidak praktikal."Saya pernah alami situasi macam ni, kita cuma ada tunai dan kadang-kala dalam kad memang tiada duit."Dulu saya tolong bayar dekat seorang pesakit lelaki sebab dia tak bawa kad bank, cuma ada tunai. Lepas tu ada jururawat kata tak payah tolong orang macam tu... katanya bukan tak tahu banyak tempat dah cashless," komen netizen.Untuk rekod, semua klinik dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) mula menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober 2022.Menerusi pekeliling yang dikeluarkan KKM, pembayaran menggunakan kad debit, kredit dan e-dompet akan diterima di semua kemudahan kesihatan kerajaan.Kaedah pembayaran tanpa tunai dilaksanakan demi mengurangkan risiko berlaku ketirisan wang haram Selain mahu meningkatkan kecekapan dan pengurusan menerima hasil di kaunter yang cepat mudah dan selamat.