Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mengurus keperluan harian anak-anak agar membesar dengan perhatian yang secukupnya. -Gambar hiasan AI
SETIAP anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh perhatian, lebih-lebih lagi bagi yang berkeperluan khas.Di laman Threads, seorang guru berkongsi kisah mengenai muridnya yang menghidap autism namun seolah-olah tidak menerima perhatian secukupnya di rumah. Menurutnya, murid tersebut kerap datang lewat ke sekolah dan dalam keadaan tidak terurus.ARTIKEL BERKAITAN: Tahap pemalas ibu makin kritikal, adik terpaksa selongkar tong sampah cari makanan! - “Orang lain tak ada mak macam saya”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu enggan daftar anak masuk sekolah, takut diam-diam si manja belajar mencarut - “Jahat ke saya?”Apa yang menjadi tanda tanya, ujarnya murid berkenaan bukan daripada keluarga berpendapatan rendah. "Ada seorang murid ni... both parent kalau combine gaji sekitar RM14,000. Tapi anak macam tak terurus. Datang sekolah tak mandi. Rambut sampai tutup mata. Datang sekolah pakai seluar terbalik."Paling kelakar pernah dia datang pakai kasut koyak, pernah juga pakai kasut ayah dia yang boot tu."Sampai tahap Guru Penolong Kanan nak belikan kasut lain. Buka fail murid tu terus tak jadi sebab tengok payslip," tulisnya pada perkongsian berkenaan.Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan perhatian penuh ibu bapa. -Gambar hiasanTambah guru berkenaan, kanak-kanak dalam kategori berkeperluan khas sewajarnya menerima perhatian penuh daripada ibu bapa kerana ada di antara mereka yang memerlukan bantuan dalam soal pengurusan diri."By the way, murid-murid saya adalah austism. Kalau yang wangi, wangi betul. Respect mak ayah yang jaga. Tapi yang tak terurus tu, kesian. "Jangan cakap tak jaga dekat sekolah, kami dah bagi yang terbaik. Tapi ibu bapa tolonglah bagi kerjasama."Orang yang bergaji besar ni memang hidup mereka sibuk sangat ke sampai tak boleh urus anak betul-betul? Datang sekolah pun pukul 8 pagi," tulisnya lagi.Guru berkongsi di Threads tentang murid autism yang kerap datang lewat dan tidak terurus ke sekolah.Murid tersebut idak mandi, rambut tidak terurus dan pakaian tidak kemas.Apa yang menghairankan, ibu bapanya berpendapatan tinggi.Guru menegaskan murid berkeperluan khas memerlukan perhatian dan kerjasama penuh daripada ibu bapa.Warganet berpendapat kesibukan kerjaya tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan kebajikan anak.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian guru itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap murid berkenaan.Bagi warga maya, sesibuk mana pun ibu bapa, perhatian dan penglibatan mereka dalam kehidupan anak tetap kritikal untuk perkembangan dan kesejahteraan anak-anak."Yang macam ni sebab terlalu mengejar karier, dua-dua tak nak berkorban."Apabila bergaji besar, komitmen di tempat kerja lebih banyak. Kebiasaannya kena bawa kerja balik. Jadi di pejabat bekerja, di rumah pun bekerja sampai anak-anak terabai," demikian komen netizen.