SEPERTI yang ditayangkan menerusi drama di televisyen, ramai lelaki mengharapkan kepulangan mereka dari tempat kerja disambut mesra dan dilayan dengan baik oleh isteri.Namun, bagi seorang lelaki harapan itu bertukar sebaliknya apabila dia berdepan situasi kurang menyenangkan di rumah. Menurut lelaki berkenaan, dia dimarahi isteri di hadapan anak-anak hanya kerana meminta wanita tersebut mencedok nasi.Suami mengharapkan layanan terbaik daripada isteri selepas seharian penat bekerja. -Gambar hiasan AI"Baru lepas balik keja, bini herdik depan anak-anak sebab kita minta dia tolong cedok nasi. "Kalau marah balik nanti dikatakan kita ni pemarah pula," luah lelaki tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri orang mengaku ‘crush’ dengan lelaki lain, tapi tak pernah layan lebih-lebih - “Jadi pemangkin semangat diam-diam je”ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta dia picit dari bawah” - Ubat gigi jadi punca pasangan nak bercerai... Suami mengadu kepada hakim penat layan isteri degilLelaki berkenaan menambah, dia yang penat bekerja seharian mencari rezeki menanggung nafkah keluarga terasa seperti meminta-minta di rumah sendiri."Dah la kita yang cari dan bagi nafkah, nak makan dalam rumah sendiri pun macam kena minta sedekah."Malas nak pening-pening, daripada kena marah baik naik motor pergi ke masjid. Apa la nasib," katanya.Suami dimarahi isteri depan anak kerana minta tolong cedok nasi.Lelaki terasa seperti perlu ‘memohon’ walaupun penat bekerja.Dia menenangkan diri dengan menunggang motosikal ke masjid.Netizen nasihatkan pasangan perbaiki komunikasi.Melayan suami pulang kerja adalah kewajipan isteri dalam Islam.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian lelaki itu mendapat perhatian warganet yang bersimpati dengan situasi yang dialaminya dan berharap komunikasi antara pasangan diperbaiki bagi mengelakkan konflik terbuka di hadapan anak-anak."Cuba slow talk tanya kenapa dia buat macam tu, rumah tangga dibina atas dasar hormat menghormati."Dia tengah period ke? Aku ni hari-hari siapkan makan minum laki, memang seronok walaupun aku pun kerja dan penat," komen netizen.Dalam Islam, melayan suami pulang kerja adalah kewajipan isteri dan tanda ketaatan, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab rumah tangga dan meraih pahala.