SEORANG pemuda menyuarakan harapan agar khutbah dan bacaan surah ketika solat Jumaat dapat dipendekkan bagi memudahkan urusan jemaah yang bekerja khususnya di beberapa negeri tertentu.Individu berkenaan memohon imam dan khatib mempertimbangkan tentang jemaah yang perlu kembali bertugas selepas solat Jumaat, selain mempunyai komitmen lain seperti menghantar anak ke sekolah. Menurutnya, khutbah yang terlalu panjang menyebabkan sebahagian jemaah sukar memberi tumpuan kerana memikirkan masa untuk kembali ke tempat kerja serta kemungkinan berdepan kesesakan lalu lintas.Solat adalah kewajipan buat umat Islam. -Gambar hiasan AI"Bila khutbah panjang, tengah solat pun fikir jam dah pukul berapa, keluar masjid nanti ada lampu isyarat lama, lambat masuk kerja. Tak tenang dibuatnya. "Belum lagi kalau waktu solat tu hujan. Aku yakin mereka yang melalui situasi ini pasti faham keadaan ni," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji dipotong sebab solat Jumaat, pemuda kerja dalam keadaan susah hati... Buat kiraan tiap kali masuk bulan baharuARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!Dia turut memetik hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi yang menyatakan khutbah tidak seharusnya terlalu panjang kerana jemaah terdiri daripada pelbagai golongan termasuk warga emas, orang muda, individu yang lemah serta mereka yang bekerja."Dalam Islam, khutbah sepatutnya memberi ketenangan, tazkirah, dan petunjuk. Kalau dah baca panjang jemaah pun tak fokus, ada yang tidur keletihan sebab bekerja. "Tak sampai la inti pati yang nak disampaikan. Bacaan surah pun kalau boleh surah pendek-pendek je. Tak perlu berlagu sangat," katanya.Pemuda cadang khutbah Jumaat dipendekkan untuk memudahkan jemaah bekerja.Khutbah panjang dikatakan ganggu fokus dan urusan harian jemaah.Ada jemaah keletihan hingga tertidur ketika khutbah.Isu ini cetus perdebatan dalam kalangan netizen.Mufti Perlis sarankan khutbah disampaikan secara sederhana.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam masa sama, dia berpandangan pihak Jabatan Agama boleh mempertimbangkan untuk meneliti semula teks khutbah Jumaat khususnya di negeri yang masih beroperasi pada hari tersebut.Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan khutbah Jumaat yang berkesan seharusnya disampaikan secara sederhana dan tidak terlalu panjang supaya jemaah dapat menghayati mesej yang disampaikan.Menerusi perkongsian video [Tonton Video], beliau menjelaskan terdapat situasi apabila khatib menyampaikan khutbah sehingga mencecah tempoh terlalu lama, menimbulkan kegelisahan dalam kalangan jemaah.Khususnya mereka yang mempunyai urusan atau perlu kembali bekerja selepas solat Jumaat.