suria
mStar - Urban.Versatil

Pempengaruh makanan temui ajal dua hari lepas makan ketam… Doktor sahkan kandungan toksin tinggi

Ketam yang dimakan seorang pempengaruh mempunyai toksin yang berbahaya. -Gambar media sosial

SEORANG pempengaruh makanan meninggal dunia dua hari selepas menikmati hidangan ketam jenis devil crab.

Pengalaman wanita dikenali sebagai Emma Amit makan ketam jenis itu dikongsikan dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik pada 4 Februari lalu, dia dilihat memancing di tasik bersama rakan-rakannya sebelum memasak pelbagai jenis makanan laut dengan santan di dapur luar berhampiran hutan bakau di rumahnya.

Video terakhir menunjukkan wanita berusia 51 tahun itu menggigit seekor siput laut sebelum pulang.

Keesokan harinya, Amit jatuh sakit dengan jiran-jirannya mendakwa dia mengalami sawan ketika dibawa ke klinik tempatan sebelum dipindahkan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia pada 6 Februari.

Pemeriksaan selepas itu menemui cengkerang ketam devil crab dalam tong sampah rumah Amit di Puerto Princesa, Palawan di Filipina.

Menurut pakar, ketam tersebut menyimpan dua toksin paling berbahaya iaitu tetrodotoksin dan saxitoksin yang boleh membawa maut dalam beberapa jam.

Pegawai tempatan di Filipina telah menasihati masyarakat agar berhati-hati dan mengelakkan memakan makanan laut yang tidak dikenali. 

Rakan-rakan Amit kini sedang dipantau bagi sebarang simptom keracunan, manakala pihak berkuasa terus mengingatkan penduduk di kawasan pesisir untuk berwaspada. -Agensi

Artikel Lain