suria
mStar - Urban.Versatil

Kakitangan rumah jagaan ditahan, dera penghuni warga emas hingga patah kaki - “Dia tak ikut arahan saya”

Bekerja di pusat penjagaan sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan AI

POLIS menahan seorang kakitangan rumah jagaan berusia 47 tahun atas dakwaan menyerang seorang penghuni wanita berusia 83 tahun sehingga menyebabkan kakinya patah.

Insiden dilaporkan berlaku Shirai, Chiba Prefecture, Jepun.

Menurut pihak polis, suspek yang dikenali sebagai Junichi Hirabayashi dipercayai merempuh mangsa dan memijak kakinya sekitar pukul 8.20 malam pada 17 Januari lalu. 

Insiden tersebut turut dilaporkan oleh stesen penyiaran TV Asahi.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kejadian itu dirakam menerusi kamera pengawasan yang dipasang di bilik peribadi mangsa.

Bagaimanapun, Hirabayashi menafikan tuduhan berkenaan. 

Dalam kenyataannya kepada polis, dia dipetik sebagai berkata, "Dia (mangsa) tidak mengikut arahan saya, jadi saya memukulnya, tetapi saya rasa saya tidak menggunakan keganasan yang menyebabkannya cedera hingga patah tulang".

Difahamkan, Hirabayashi mula bekerja di pusat jagaan tersebut pada tahun lalu.

Sementara itu, pengurus premis berkenaan menjelaskan bahawa kamera keselamatan dipasang di bilik peribadi penghuni susulan laporan terdahulu mengenai dakwaan penderaan oleh kakitangan.

Kes tersebut kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa. -Agensi

 

Artikel Lain