suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki berjanggut, berjambang nampak lebih kacak... Tapi kena ambil tahu panduan berwuduk, risau solat tak sah!

Wuduk boleh menjadi tidak sah jika air tidak terkena pada bahagian sideburn atau jambang pipi.

WUDUK merupakan elemen penting bagi seorang Muslim sebelum menunaikan solat.

Ini kerana firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat enam bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah).

"Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali."

Berdasarkan penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, wuduk penting kerana fungsinya sebagai alat untuk membuang kotoran dan najis yang terdapat pada anggota wuduk.

Oleh itu, wuduk mempunyai perkara yang fardu atau disebut juga dengan rukun yang wajib dipenuhi bagi membolehkan ia dianggap sah.

Dalam pada itu, laman TikTok Geng MKN (Masjid Kampung Nakhoda) turut berkongsi kaedah betul untuk berwuduk.

Ia berikutan terdapat umat Islam yang terlepas pandang mengenai syarat sah wuduk pada bahagian wajah.

"Wuduk boleh menjadi tidak sah jika air tidak terkena pada bahagian sideburn atau jambang pipi.

"Ramai orang tak perasan terutama golongan wanita dan lelaki yang berambut panjang," ujarnya.

Mengulas mengenainya, Geng MKN berkata, rambut di bahagian sideburn adalah termasuk dalam kawasan wajah.

Jelasnya, kawasan wajah adalah dari hujung telinga kanan sampai hujung telinga kiri dan dari hujung anak rambut sehinggalah dagu.

Oleh itu katanya, air wajib dikenakan pada rambut bahagian jambang pipi kerana termasuk dalam rukun wajah.

Artikel Lain