MENGHAMPIRI bulan Ramadan, pasti ramai memikirkan tentang bayaran fidyah, terutama bagi mereka yang pernah meninggalkan puasa atas sebab tertentu seperti wanita hamil dan menyusukan serta warga emas dalam keadaan uzur.Ada yang mengambil jalan mudah dengan melunaskan denda tersebut kepada ahli keluarga terdekat. Namun adakah tindakan tersebut bertepatan dengan syarat yang ditetapkan syarak?Menjawab persoalan yang timbul, pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun berkata, fidyah hanya boleh dilunaskan kepada golongan fakir miskin.Katanya fidyah hanya boleh dilunaskan kepada golongan fakir miskin sahaja, berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 184:"Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin."Sementara itu berdasarkan riwayat, Abdullah bin Abbas berkata: "Dan wajib ke atas orang yang tidak terdaya untuk berpuasa memberi makan kepada orang miskin."Kata Ibnu Abbas: "Ayat ini tidak dimansuhkan. Mereka (yang tidak terdaya) adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu berpuasa, maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan."Wanita hamil antara golongan yang perlu membayar fidyah apabila meninggalkan puasa. -Gambar hiasan AIIa kemudian dijelaskan dalam Kitab Tuhfah al-Muhtaj yang mana saluran fidyah adalah kepada fakir miskin dan bukan untuk asnaf yang lain, sebagaimana firman-Nya iaitu sebagai makanan orang miskin.Perkataan miskin turut merangkumi golongan fakir, atau orang fakir yang lebih teruk keadaannya berbanding orang miskin, maka orang fakir lebih utama lagi (untuk diberikan fidyah).Fidyah adalah hak golongan fakir miskin sahaja dan ia tidak boleh disalurkan kepada orang lain walaupun mereka termasuk dalam kalangan asnaf zakat.Hukum pengagihan fidyah, adalah berdasarkan hukum pengagihan zakat, kaffarah dan nazar umum.Maka, seseorang itu tidak boleh membayar fidyah kepada orang yang di bawah tanggungannya seperti dinyatakan dalam al-Fiqh al-Manhaji."Sesungguhnya sesiapa yang diwajibkan ke atasnya membayar zakat, tidak sah sekiranya ia menunaikan zakat dengan memberikan zakat kepada sesiapa yang di bawah tanggungan nafkahnya."Sama ada ia daripada isteri, usul (ibu, ayah dan ke atas) dan furu’nya (anak-anak dan ke bawah) walaupun keadaan mereka itu fakir atau miskin."ARTIKEL BERKAITAN: Kek hari jadi berbeza saiz, kakak sulung diminta beralah… Ulama pesan ibu bapa jangan pilih kasih, setiap anak ada hakDalam pada itu, Kitab al-Muhazzab li al-Syirazi karangan Imam al-Syirazi turut menyatakan, tidak diharuskan seseorang itu untuk membayar kepada kaum kerabat dan isterinya yang berada di bawah tanggungan nafkahnya.Ini kerana mereka tidak memerlukan kepadanya (zakat) dan mereka mendapatkan keperluan itu daripada nafkah yang wajib diberikan kepada mereka.Mengulas lanjut, Ustazah Asma' menyimpulkan bahawa fidyah boleh dibayar menggunakan duit dan boleh dilunaskan melalui pihak berkuasa zakat negeri sebagai wakil pemudah cara atau entiti yang amanah menguruskan fidyah.Namun sekiranya seseorang itu ingin melunaskan fidyah secara terus kepada ahli keluarga yang miskin maka, ia tidak dibenarkan ke atas mereka tergolong di bawah tanggungannya.Walau bagaimanapun, sekiranya bukan di bawah tanggungan, maka dibolehkan membayar fidyah kepada mereka dan ini adalah lebih afdal dan diutamakan dengan syarat mestilah daripada golongan miskin.Untuk pengetahuan, golongan yang berada di bawah tanggungan adalah seperti isteri, ibu, ayah, datuk dan nenek serta anak-anak dan ke bawah seperti cucu.