Wanita perlu mendapatkan pandangan doktor apabila mengalami masalah pada alat sulit. -Gambar hiasan AI
JERAWAT adalah masalah kesihatan kulit yang sering berlaku pada wajah, belakang badan atau dada. Namun ramai wanita mengalami masalah sama di kawasan alat sulit mereka, Miss V. Walaupun sering dianggap memalukan, kehadiran ‘jerawat’ di kawasan tersebut sebenarnya perkara biasa dan kebanyakannya tidak berbahaya. Namun disebabkan kurang pendedahan, ramai wanita tersalah anggap sehingga melakukan rawatan sendiri yang boleh memburukkan keadaan. Menurut pakar sakit puan di Klinik Pakar Wanita RJ, Dr Raja Juhaidah, kehadiran jerawat pada Miss V adalah agak normal.Beliau yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kesihatan wanita berkata, situasi tersebut berlaku disebabkan tindakan mencukur atau wax pada alat sulit."Agak normal apabila anda suka sangat cukur dan wax di kawasan itu."Jika ingin mengurangkan jerawat yang berlaku, anda perlu berhenti 'aktiviti' wax dan cukur," jelasnya di TikTok Klinik Pakar Wanita RJ.Tambah beliau, tindakan mencukur dan wax yang dilakukan akan menyebabkan berlakunya ingrowing hair follicle.Jelasnya, situasi tersebut membuatkan jerawat mudah terjadi dan mungkin lebih banyak.Susulan itu, Dr Raja Juhaidah menyarankan supaya rambut di bahagian kemaluan ditrim rapi sahaja.