JANGAN pelik kalau sesekali sikap dan tingkah laku anak akan membuatkan anda naik angin.Hakikatnya, terdapat pepatah lama yang menyatakan 'bapa borek, anak rintik'. Jadi, apa yang anda lihat dalam sikap anak-anak berkemungkinan adalah cerminan diri sendiri seperti dijelaskan pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee."Ramai yang tak tahu kebanyakan sikap buruk perangai, emosi dan tingkah laku anak datang daripada ayah."Bukan sebab ayah tak sayang tapi sebab pengaruh ayah ni lebih kuat daripada apa yang kita sangka kerana ayah adalah suara di rumah."Apabila ayah tenang, rumah akan rasa aman tapi apabila ayah garang dan cepat melenting, anak jadi takut, trauma dan terlebih-reaktif," jelasnya di Facebook.Turut berkongsi kajian dalam isu berkaitan, ujar Dr Mohd Qarafi, hasil penyelidikan menunjukkan bahawa emosi ayah adalah paling kuat dalam membantu regulasi emosi anak.Walau bagaimanapun, sekiranya seorang ayah kurang berinteraksi, maka anaknya akan menjadi kurang berkeyakinan.Figura ayah membantu karakter anak-anaknya. -Gambar hiasan AI"Sebagai contoh, anak yang jarang dipeluk, dipuji dan tidak diberi perhatian, cenderung untuk menjadi seorang yang cepat marah, malu berlebihan serta takut mencuba."Lebih membimbangkan apabila emosi mereka turut terpengaruh dan menjadi tidak stabil," tambah beliau.Menurut Dr Mohd Qarafi, figura seorang ayah merupakan penjana keberanian untuk anaknya.Keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya, si ayah tidak terlibat langsung dalam aspek didikan anak harian.Malah katanya, anak-anak yang ayahnya 'lepas tangan' daripada rutin dan tidak mengajar tanggungjawab biasanya akan membesar dengan kesukaran untuk mendengar arahan, tiada kawalan diri, kurang fokus dan disiplin.Paling dikhuatiri, golongan terbabit akan menjadi sukar untuk menghormati orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Tujuan tidur siang nak 'recharge' tenaga, tapi akhirnya sakit kepala! Anda mungkin buat 5 kesilapan ini"Sosok ayah adalah penting untuk membentuk struktur mental anak-anak," tegas beliau.Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kebimbangan apabila menyedari golongan bapa masa kini yang lebih sibuk dengan telefon masing-masing."Sikap itu akan menyebabkan anak ketagihan gajet kerana anak akan tiru apa yang ayahnya buat dan bukan apa yang ayah cakap."Jadi, apabila ayah pegang telefon tiga hingga empat jam sehari, mestilah anak akan ikut dan akhirnya anak menjadi tantrum serta emosi tak stabil."Ayah bukan sekadar penjana rezeki, tapi adalah ketua emosi, ketua otak dan juga ketua tingkah laku anak di rumah."Jika ayah berubah, anak pasti akan berubah... oleh itu, jika mahu anak menjadi lebih baik, perbaikilah diri dahulu kerana anak adalah cerminan diri sendiri," tambahnya.