ISU kebersihan peralatan bayi bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan, apatah lagi jika ia melibatkan kesihatan si kecil. Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita berkongsi keadaan botol susu bayi yang kotor dan dipenuhi lumut hitam pada bahagian putingnya. Selaku salah seorang guru taska, wanita ini mempersoalkan sikap segelintir ibu bapa yang seolah-olah lepas tangan terhadap kebersihan botol susu anak mereka. "Keadaan botol susu (ibu bapa) bawa balik hari-hari. Cuti Sabtu Ahad tak bersihkan atau sterilize botol susu ke? Kemudian apabila anak cirit birit, adalah soalan kat taska makan apa, ada jangkit dengan rakan ke?"Jangan nak complaint teacher tak basuh betul-betul, teacher pemalas, teacher basuh botol dua kali sehari sebab budak-budak minum dua kali," jelasnya di Thread.Pada masa sama dia turut menyatakan bahawa berus yang digunakan adalah jenis silikon, tidak menjamin botol susu benar-benar bebas kuman.Perkongsian tersebut secara tidak langsung memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak memandang remeh aspek sanitasi. Teknik mencuci botol susu adalah penting. -Gambar hiasan AIMengulas tentang kebersihan botol, pakar bedah pediatrik, Dr Daniel berkata bayi dan kanak-kanak boleh mengalami keracunan makanan sehingga ke tahap najis berdarah."Saya ada satu kes yang mana seorang bayi mengalami najis berdarah."Apabila saya bertanya lanjut tentang sejarah kesihatan bayi kepada ibu dan ayahnya, saya dapati teknik pembasuhan botol susu tak sempurna," jelas beliau di TikTok @dr.danielpakarpediatrik.Menurut beliau, botol susu [Tonton Video] yang tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan kelodak protein berkumpul."Apabila kering, kuman boleh bercambah... kemudian ibu bapa tambah susu baharu dan beri anak minum."Susu yang diberi itu sudah bercampur dengan kuman dan boleh menyebabkan keracunan makanan berlaku kerana antibodi bayi masih lemah," tambahnya.Tambah Dr Daniel, situasi yang berlaku itu membuatkan usus si kecil cedera seterusnya mengeluarkan najis berdarah.Ini cara terbaik bagi mengelakkan botol susu berlumut dan kotor.1. Lakukan sterilisasi secara berkala Walaupun sibuk, ibu bapa perlu pastikan botol susu disteril sekurang-kurangnya seminggu sekali menggunakan mesin pensteril stim atau rendaman air panas. Ini penting untuk memastikan bakteria yang tersembunyi di celah puting botol mati sepenuhnya.Berus silikon tidak dapat membantu membersihkan kesan kotoran degil. 2. Gunakan berus yang sesuai Jika kesan susu sudah mula kelihatan di celah-celah botol, berus jenis silikon mungkin tidak cukup kuat untuk menyental. Oleh itu, gunakan berus bulu (nylon) yang lebih kasar tetapi berkesan untuk menghilangkan 'kerak' susu yang degil, terutamanya di bahagian dasar botol yang sempit.3. Segera bilas selepas guna Jangan biarkan botol susu yang sudah kosong terperap lama di dalam beg sekolah atau singki. Susu yang tersisa akan cepat basi dan menyebabkan kulat serta lumut hitam tumbuh pada puting botol dengan pantas.4. Tukar puting secara rutin Puting botol mempunyai jangka hayat tertentu. Jika sudah nampak kusam, bercalar atau warnanya berubah menjadi kekuningan mahupun hitam, itu tandanya ia perlu diganti baru demi kesihatan perut si kecil.