RAMAI beranggapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kutipan derma berhak mengambil sehingga 30 peratus daripada jumlah sumbangan orang ramai sebagai komisen atau kos pengurusan. Dakwaan itu sering tular di media sosial sehingga menimbulkan persoalan terhadap ketelusan pengurusan dana kebajikan. Namun hakikatnya, angka 30 peratus tersebut bukanlah peruntukan tetap daripada kutipan derma, sebaliknya merujuk kepada garis panduan had maksimum kos pentadbiran sesebuah NGO. Mengulas lanjut mengenainya, pengamal undang-undang dan pemerhati politik, Liyana Marzuki berkata, kod tadbir urus yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah 30 peratus.Namun jumlah itu bukanlah untuk pengasas NGO tersebut menggunakan atau mengambilnya untuk kepentingan sendiri.Sebaliknya, yang ditetapkan ialah perbelanjaan pentadbiran. "Jumlah 30 peratus adalah dari belanjawan tahunan (overhead cost). Contoh, kos bayar gaji staf NGO, bayar sewa ialah RM30,000 sebulan, hanya RM9,000 sahaja boleh diambil untuk kos pentadbiran. "Bukan untuk owner belanja sakan, tak kiralah dapat berpuluh juta sekali pun sumbangan awam. "Hanya RM9,000 sahaja yang layak disimpan, sebab syaratnya 30 peratus dari Belanja Tahunan, bukan dari total kutipan," jelasnya di Facebook.Pengasas NGO yang hidup mewah tanpa ada perniagaan berjaya adalah salah satu tanda 'red flag'. -Gambar hiasan AIMengakui situasi yang berlaku itu seumpama trend, Liyana berkata, terdapat pempengaruh yang bukan NGO melakukan kutipan dana awam. Malah ada yang menjadikannya sebagai kandungan tular demi menarik masyarakat untuk menyumbang. Namun malangnya, audit berkaitan dana tersebut tidak kelihatan."Harap berhati-hati, jangan ikut dakyah palsu kerana tiada hak anda dalam 30 peratus dana awam yang dikutip."NGO bukanlah tiket untuk bermewah sebaliknya platform tiada keuntungan kerana apa sahaja yang diterima sebagai sumbangan kena terus dipulangkan semula untuk kebajikan. "Kos pentadbiran dan overhead pun patut minimal sahaja," tambahnya lagi.Dalam pada itu, Liyana tidak menafikan bahawa terdapat NGO yang semakin 'mengepak' selepas mendapatkan sumbangan awam."Kita rakyat Malaysia, memang suka menyumbang. Jadi, selepas ini mari kita jadikan habit memantau NGO yang menerima sumbangan," ujarnya sambil berkongsikan tindakan yang boleh dilakukan sebagai penyumbang.Ini tiga perkara yang penyumbang perlu teliti sebelum menderma:1. Perhatikan lifestyle pengasas NGO Jika jenis extravaganza tetapi tiada bisnes yang berjaya, itu adalah tanda besar red flag.2. Jangan terpedaya dengan antics pengasasSebagai penyumbang, anda jangan cepat termakan antics pengasas yang kononnya berkonsepkan tanggung jawab sosial korporat (CSR) atau derma viral.Ada dalam kalangan mereka buat kandungan sedih sebagai salah satu cara pemasaran supaya masyarakat rasa terharu dan menyumbang lebih banyak lagi. 3. Minta laporan audit tahunanSekiranya ikhlas dan tiada apa yang hendak disorok, pasti mereka (NGO) tiada masalah untuk berkongsi laporan audit tahunan.Namun, jika mereka sejenis yang cakap berpusing-pusing dan hidup mewah, tolaklah mereka. Mereka hidup pun atas sumbangan kita.