TINDAKAN seorang ibu memarahi anaknya secara terbuka di sebuah warung mengundang perhatian pengunjung yang berada di situ.Menurut seorang lelaki, dia bersama keluarga terkejut apabila terdengar jeritan nyaring seorang wanita memarahi anak lelakinya yang berusia sekitar lima tahun. Katanya, wanita itu dipercayai berang apabila anaknya enggan berkongsi gula-gula dengan adiknya.Anak akan berasa malu jika mereka dimarahi di hadapan khalayak ramai. -Gambar hiasan AI"Berulang kali dia jerit, menengking ayat kau ni bang, kau dah makan banyak tau! Adik kau baru makan sikit je!"Tak habis dekat situ. Si ibu itu tarbiah anaknya itu. Suaranya nyaring. Semua orang tertumpu ke arah si ibu dan si anak yang sedang menangis," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah tak perlu marah, tinggi suara jika anak tantrum... Cuba lakukan teknik ini, dalam masa 60 saat pasti si kecil tenangARTIKEL BERKAITAN: “Dah besar pun menyusahkan!” - Ibu mengeluh anak masih kencing tilam, doktor sahkan tiada masalah sarafTambahnya, wanita itu turut membandingkan kanak-kanak berkenaan dengan adik-beradiknya selain memarahi anaknya di hadapan pengunjung lain."Lepas tu ada ayat dia, kau tengok adik kau tu. Baik je tau. Tak macam kau kedekut. Kau lah yang paling banyak mainan dekat rumah."Makin orang tengok, makin tinggi suara si ibu ni. Makin galak dia mentarbiah anak-anaknya," katanya.Kongsinya lagi, walaupun kanak-kanak itu kembali bermain seperti biasa, wanita itu dikatakan terus menjerit dari tempat duduknya tanpa menghampiri anak-anaknya.Ibu menjerit anak di warung kerana enggan berkongsi gula-gula.Anak dibandingkan dengan adik-beradiknya di hadapan pengunjung.Suara ibu semakin kuat, anak menangis di khalayak ramai.Sebelum pulang, ibu menjerit lagi dari atas motosikal.Pakar: Dimarahi di khalayak boleh buat anak malu, takut dan renggang dengan ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut individu tersebut, dia hampir bangun untuk menegur wanita berkenaan kerana berasa kurang selesa dengan situasi itu, namun dihalang isterinya."Kalau anak buat benda bukan-bukan, bangunlah pergi kat anak tu."Ada satu perkara lagi yang aku terkejut. Bila si anak tu jawab, si ibu akan tunjal kepala anak lelakinya," katanya sambil menambah, 'drama' itu berakhir selepas wanita berkenaan dan anak-anaknya pulang. Kesan menjerit pada anakBerdasarkan buku What Every Parent Needs to Know / The Science of Parenting oleh Margot Sunderland terdapat beberapa kesan yang akan berlaku terhadap anak yang sering dimarahi dihadapan khalayak.Antaranya anak merasa malu dan tertekan kerana menjadi tumpuan dan tontonan orang lain.Selain jeritan turut boleh menyebabkan mereka rasa terancam dan takut serta hubungan antara ibu bapa dan anak menjadi renggang kerana anak merasa tidak selamat.