suria

Sejak kecil ahli keluarga jaga aurat, wanita geli lihat lelaki lain tak berbaju jalan sana, sini... Lagi teruk pakai tuala je!

Sesetengah lelaki memandang remeh soal aurat dengan ramai gemar tidak ber. -Gambar hiasan AI

PERINTAH untuk menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Di Thread, seorang wanita berkongsi pandangannya tentang segelintir lelaki yang dilihat memandang remeh soal aurat.

Dalam hantaran yang dimuat naik, dia berkata situasi ini berbeza dengan ahli keluarganya yang sentiasa menjaga batas pemakaian walaupun ketika berada di dalam rumah.

Umat Islam perlu sentiasa menjaga aurat dan batas dalam pemakaian. -Gambar hiasan AI

"Minta maaf, tapi saya geli bila tengok lelaki yang tak pakai baju, lepas tu selamba berjalan di dalam atau luar rumah. Tak malu ke? Suami aku pun buka baju bila dia nak mandi je.

"Panas macam mana pun, dia tetap berbaju. Arwah ayah aku pun sama. Dia tak pernah buka baju sewenang-wenangnya depan anak kat rumah," tulisnya.

Imbas wanita itu, dia juga pernah melihat seorang lelaki berusia yang hanya memakai tuala ketika berada di kawasan luar rumah.

  • Wanita luah rasa geli lihat ramai lelaki ambil ringan soal aurat.
  • Dia kurang senang dengan lelaki yang gemar tak berbaju di dalam dan luar rumah.
  • Dia tidak biasa dengan situasi ini kerana semua lelaki dalam keluarganya sentiasa jaga aurat.
  • Wanita itu turut kongsi cerita tentang lelaki tua yang tak berbaju di luar rumah.

"Pernah masa tu aku ada kerja kat kawasan kampung. Ada seorang pakcik ni, dia cuma pakai tuala je keluar tengok pokok kat seberang jalan depan rumah.

"Aku tertanya-tanya, pakcik tu tak tahu malu ke? Sedangkan itu laluan utama," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, seorang wanita tampil meluahkan masalah sama dan turut buntu dengan sikap suami serta keluarga mentuanya yang tidak ambil serius soal batas aurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit sado tak suka pakai baju di rumah! Dulu ada sakit 4 serangkai, selepas terkesan teguran isteri semua penyakit hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tak berbaju menyelinap ruang Muslimah, cuba cabul wanita sedang solat

"Macam mana kita nak tegur? Keluarga saya jenis tak buka baju kat rumah. Keluarga suami pula suka buka baju dekat rumah.

"Kadang adik dia datang bermalam di rumah saya pun buka baju. Segan saya dibuatnya. Lagi-lagi sekarang saya dah ada bayi perempuan.

"Saya menyampah dengan ipar yang tak berbaju. Saya tak nak anak perempuan saya jadi tak ada rasa malu bila nampak lelaki tak berbaju," kongsi individu itu pula.

Dalam Islam, aurat lelaki di hadapan lelaki lain, mahram atau dalam solat menurut pandangan muktamad mazhab Syafie ialah di antara pusat hingga ke lutut.

Aurat lelaki di hadapan perempuan bukan mahram pula ialah dari pusat hingga lutut, termasuklah menutup aurat dengan pakaian yang tidak jarang, tidak ketat menampakkan bentuk badan, tidak menyerupai wanita dan tidak menimbulkan fitnah

Kesimpulannya Islam menganjurkan berpakaian sopan dan menjaga maruah diri daripada mendedahkan tubuh, walaupun di hadapan sesama lelaki.

Artikel Lain