MENCARI pasangan hidup yang baik bukan perkara mudah, namun kriteria ini sering menjadi keutamaan demi kebahagiaan masa depan.Di platform X, seorang lelaki meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah tentang tunangnya yang didakwa sudah ditebuk tupai. Menurut lelaki itu, dia bengang kerana baru mengetahui tentang perkara tersebut memandangkan mereka bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.Lelaki dan perempuan perlu menjaga batas pergaulan agar tidak terjerumus ke kancah zina. -Gambar hiasan AI"Macam mana nak buat ya? Tunang aku baru mengaku tak ada dara lagi sebab dia pernah buat hubungan intim dengan bekas teman lelakinya."Aku rasa bengang. Kenduri kahwin kami bulan Mei nanti, tapi sekarang baru kau cakap tentang hal ini. Kau ingat aku bayar hantaran RM20,000 dapat barang bundle ke?" luahnya.Hantaran itu dihujani dengan banyak komen netizen yang memberikan pelbagai pendapat berbeza.Lelaki luah rasa kecewa selepas tahu tunangnya sudah tiada dara.Tunangnya mengaku pernah terlanjur dengan lelaki lain sebelum ini.Lelaki itu rasa tertipu apatah lagi mereka akan bernikah pada Mei ini.Netizen beri nasihat supaya dia batalkan perkahwinannya.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, majoritinya meminta lelaki itu membatalkan majlis perkahwinan jika dia tidak mampu untuk memaafkan tunangnya."Kalau awak lelaki baik dan tak pernah sentuh perempuan lain, batalkan je perkahwinan ni. Carilah perempuan yang lebih baik."Putus je. Tak payah sembang nak bagi peluang. Tengok cara kau tulis pun dah tahu kau akan ungkit balik satu hari nanti," tulis seorang netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaanARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun kahwin, baru cerita pernah terlanjur dengan ‘shemale‘! Isteri pelik, persoal motif suami buat pengakuanNamun, ada juga yang menegur lelaki itu kerana tergamak menyamakan tunangnya dengan barang terpakai."Lebih baik jangan kahwin kalau kau dah anggap dia macam barang bundle."Nampaklah sikap kamu yang sebenar bila tergamak gelarkan dia sebagai barang bundle," tulis netizen lagi.