SEORANG lelaki meluahkan kebimbangan apabila mendakwa seorang kanak-kanak dibesarkan oleh pasangan sejenis.Menurutnya, perkara itu dikongsi rakannya yang juga seorang guru di mana dia bertanggungjawab mengurus dan mendidik kanak-kanak tersebut. Berdasarkan perkongsian rakannya itu, kanak-kanak tersebut dihantar oleh dua lelaki secara konsisten setiap hari, sebelum menimbulkan tanda tanya dalam kalangan tenaga pengajar.Kanak-kanak mudah berkongsi perkara yang berlaku di rumah masing-masing. -Gambar hiasan AI“Pada awalnya tak syak apa-apa, tapi apabila mereka sering datang berdua, guru-guru mula perasan sesuatu yang pelik."Semakan maklumat biodata mendapati ruangan mak ayah kanak-kanak itu diisi dengan dua nama lelaki. 'Legit' dua-dua lelaki," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kerap hantar anak ke tadika, bapa jatuh cinta dengan cikgu... Mesej di WhatsApp bukti siapa mula angkaraARTIKEL BERKAITAN: Bakal masuk tadika, ibu risau anak tak sah taraf persoal nama bapa... Wanita tampil beri nasihat - "Mak abah buat silap dengan Allah"Apa yang membimbangkan, kanak-kanak berkenaan beragama Islam dan berada pada usia yang masih belum mampu memahami konsep hubungan serta nilai kehidupan secara matang."Dia Melayu, 'mak' ayah dia pun Melayu. Isunya bukan soal pilihan hidup orang dewasa, tetapi kesan kepada kanak-kanak tu dan mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling,” katanya.Dia menjelaskan kanak-kanak pada peringkat awal perkembangan cenderung meniru apa yang dilihat dan menjadikan penjaga sebagai contoh dalam membentuk pemahaman tentang keluarga dan hubungan sosial.Seorang lelaki bimbang mengenai kanak-kanak dibesarkan oleh pasangan sejenis.Perkara itu dikongsi oleh rakannya yang bertugas sebagai guru prasekolah.Kanak-kanak tersebut dihantar oleh dua lelaki secara konsisten setiap hari.Semakan biodata mendapati ruangan ibu bapa diisi dua nama lelaki.Isu itu mencetuskan perbincangan netizen tentang kebajikan anak angkat.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut menarik perhatian netizen, khususnya berkaitan kebajikan kanak-kanak dan garis panduan pengambilan anak angkat. "Kadang-kadang tak faham macam mana boleh lulus ambil anak angkat. Adakah sebab mak ayah kandung setuju?"Bila ada pasangan sejenis ambil anak angkat, seolah-olah nak mengajar budak tu hubungan sejenis," komen netizen.