suria

Jangan ‘mimpi’ dapat rehat! Pelajar IPT stres ibu paksa kerja tiap kali cuti semester, belum habis ‘exam’ dah ‘menekan’ tanya

Tekanan daripada keluarga boleh membuatkan seseorang memendam perasaan sehingga tercetus konflik. -Gambar hiasan AI

CUTI semester sepatutnya menjadi tempoh rehat buat mereka yang bergelar penuntut institusi pengajian tinggi selepas berhempas pulas menghadiri kuliah serta menyiapkan pelbagai tugasan.

Namun berbeza pula dengan situasi dilalui individu ini apabila cuti berkenaan menjadi satu tekanan emosi dan mental apabila dia kerap didesak ibunya agar mencari kerja.

"Cuti paling aku tak suka adalah cuti semester. Setiap kali cuti semester mesti aku akan tak puas hati dengan mak aku, sebabnya dia selalu menekan aku untuk cari kerja sementara.

"Belum habis minggu kuliah pun lagi dah menekan suruh cari kerja. Bayangkanlah mana dengan serabut nak siapkan assignment dan nak settle kan upcoming test, lepas tu nak kena cari kerja pula. 

"Setiap kali hujung semester je mesti suruh cari kerja. Bila cakap tak jumpa mulalah membebel," tulisnya dalam satu luahan yang dikongsikan di Thread. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gembira dapat kerja gaji 6K selepas tamat belajar... Graduan ikut gerak hati, tolak tawaran demi keberkatan

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan sanggup berhabis demi majlis konvokesyen, kos cecah ribuan ringgit! Tapi sedih terpaksa kerja luar bidang

Sebagaimana cuti semester sebelum ini, individu tersebut berkata ibunya sudah mula mendesak dirinya untuk mencari kerja sedangkan dia baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir.

Keadaan itu membuatkan dia berasa tertekan memandangkan masih keletihan dan bercadang untuk bercuti bersama rakan-rakan bagi merehatkan fikiran. 

Cuti semester lazimnya dimanfaatkan untuk melakukan aktiviti riadah bagi merehatkan minda. -Gambar hiasan AI

"Sebenarnya aku dan kawan-kawan plan nak bercuti ke Perak. Dah minta izin pun dengan mak beberapa minggu yang lepas. Nampak gaya dia macam bagi greenlight

"Tapi baru je sekejap tadi, aku baring-baring main handphone tiba-tiba dia mengamuk, dah dapat kerja ke belum, kerja kau asyiklah main handphone tak lekang dekat tangan, cari kerja malas.

"Ya Allah, apa dalam fikiran mak ni ya sampai nak cakap macam tu. Salah ke aku nak berjalan dengan kawan-kawan mencipta memori? Berdosa ke aku tak cari kerja dalam masa terdekat? 

  • Seorang individu tertekan apabila sering didesak ibunya mencari kerja setiap kali cuti semester.

  • Dia baru selesai peperiksaan akhir, tapi sudah ditanya mengenai kerja.

  • Dalam masa yang sama dia mahu berehat dan bercuti bersama rakan-rakan.

  • Hasratnya untuk bercuti seakan-akan tidak kesampaian.

  • Netizen menasihatkan agar dia menjaga kesihatan diri dan berbincang secara baik dengan ibunya.

"Aku cuma sedih, kawan kawan sebaya aku boleh dah urus hidup diaorang sendiri, nak ke mana, nak buat apa, dengan siapa, mak ayah tak halang pun. Aku ni dah umur 20 lebih pun masih tak dapat kebebasan," luahnya sedih. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati terhadap individu tersebut dan memahami tekanan yang dihadapinya sebagai pelajar universiti yang masih bergantung kepada keluarga.

Ramai turut menyarankan agar individu berkenaan berbincang secara baik dengan ibunya, selain mengutamakan kesihatan diri sendiri terlebih dahulu.

Artikel Lain