suria

Graduan sanggup berhabis demi majlis konvokesyen, kos cecah ribuan ringgit! Tapi sedih terpaksa kerja luar bidang

Setiap graduan pasti memiliki kerjaya idaman selepas tamat majlis konvokesyen. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN graduan beranggapan segulung ijazah adalah tiket untuk memulakan kerjaya impian sebaik menamatkan pengajian.

Namun realitinya tidak seindah disangka apabila ramai yang terpaksa bekerja di luar bidang pengajian demi kelangsungan hidup.

Maka tidak hairanlah hantaran yang dibuat seorang pengguna media sosial mencetus perbincangan hangat selepas dia berkongsi luahan rakan sekerjanya yang kecewa kerana tidak bekerja dalam bidang pengajian.

Konvokesyen adalah penghargaan atas kejayaan menamatkan pengajian di menara gading. -Gambar hiasan

Konvokesyen adalah penghargaan atas kejayaan menamatkan pengajian di menara gading. -Gambar hiasan

Lebih menambah rasa sedih apabila rakannya turut menyatakan apa yang dilalui itu tidak setimpal dengan yuran bayaran untuk majlis konvokesyen.

"Bayangkan berhabis banyak untuk majlis konvo tapi akhirnya tak bekerja dalam bidang pengajian ijazah tu.

"Bukan saya cakap, kawan sekerja tapi entahlah," kongsinya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hina sangat ke kami?” - Sewa mahal, graduan tak rela pakai jubah macam kain perca masa konvo... mahu universiti lebih adil

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan merajuk, boikot majlis konvo gara-gara ibu bapa tak beli baju baharu - “Mereka buat tak tahu sebab kena pakai duit”

Menurut wanita ini perkara tersebut dikongsikan rakannya selepas mereka berborak mengenai kos perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis konvokesyen.

"Masa tu dia tanya berapa saya berbelanja untuk majlis konvo," tambahnya menjelaskan situasi yang berlaku.

  • Ramai graduan akui realiti kerja tak seindah harapan selepas tamat pengajian.
  • Seorang wanita kongsi luahan rakan sekerja kecewa tak dapat kerja ikut bidang.
  • Rakannya sedih yuran konvokesyen mahal tapi akhirnya kerja luar bidang.
  • Perbualan itu cetus perbincangan netizen yang alami nasib sama.
  • Ramai pesan konvo tetap wajar diraikan sebagai tanda usaha dan kejayaan.

Luahan berbaur kecewa itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman sama kerana berdepan kesukaran mencari kerja setara dengan kelulusan dimiliki.

"Aku berhabis ribuan ringgit untuk majlis konvo dalam keadaan aku tengah menganggur hampir setahun. Dalam hati hanya yakin pada Allah yang aku akan dapat kerja idaman.

Warga maya memberi pandangan masing-masing.

Warga maya memberi pandangan masing-masing.

"Nak dekat sembilan bulan aku kerja sambilan yang tak ada kena mengena dengan jurusan aku... belum ada rezeki lagi.

"Siapa peduli? Suka hatilah nak berhabis banyak mana pun untuk majlis graduasi, kita perlu raikan kerja keras seletah lama perah otak.

"Saya tak terasa pun dengan ayat tu walaupun sekarang hanya kerja sambilan tapi hidup saya bahagia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain