suria

Graduan merajuk, boikot majlis konvo gara-gara ibu bapa tak beli baju baharu - “Mereka buat tak tahu sebab kena pakai duit”

Graduan perlu membayar yuran konvokesyen mengikut kadar ditetapkan universiti. -Gambar hiasan The Star

KONVOKESYEN merupakan momen yang ditunggu-tunggu untuk meraikan usaha keras setiap siswa selepas tamat pengajian.

Di sini jua kita dapat lihat senyuman manis terukir di wajah ibu bapa apabila mereka berpeluang menyaksikan si anak naik ke atas pentas bagi menerima skrol.

Namun, kovokesyen juga boleh menelan kos yang besar terutamanya untuk sewaan jubah, kos perjalanan dan tempat penginapan.

Konvokesyen adalah penghargaan atas kejayaan menjejakkan kaki ke menara gading. -Gambar hiasan

Melalui satu luahan tanpa nama di platform X, seorang individu berkata dia terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri konvokesyen atas faktor kewangan.

Lebih meruntun jiwa apabila dikatakan ibu bapa individu itu sendiri yang mengambil ringan tentang konvokesyen anak mereka.

"Aku ni dah dekat nak konvokesyen, tapi hotel dengan baju semua pun tak ada lagi. Aku dah cuba bincang dengan ibu bapa tapi mereka buat tak tahu sahaja sebab kena pakai duit.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami punya ‘effort’ lain macam, buat sendiri jambangan belon demi konvokesyen isteri... Siap ada ibu bapa nak beli sekuntum!

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak tunai hasrat arwah bapa, adik teresak-esak di majlis konvo... Tak putus-putus peluk cium frame gambar

"Aku stres dan risau, patut ke aku tak datang je konvokesyen ni?" soal individu itu meminta pendapat.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mempersoalkan peranan bakal graduan itu sebelum menjelang majlis konvokesyen.

Rata-rata tidak bersetuju dengan cara pemikirannya yang hanya menunggu duit daripada ibu bapa untuk menampung segala kos berkaitan.

"Daripada waktu belajar sampai ke konvokesyen, biasa ambil masa berbulan atau bertahun... tak kerja langsung ke dalam tempoh tu?

Dah tahu parent ada masalah kewangan, buat la sesuatu untuk konvokesyen awak... jangan tunggu je.

WARGA MAYA

"Konvokesyen ni sebenarnya sangat bermakna untuk ibu bapa kita, sebagai anak, berusahalah seperti buat saving dan side job, jangan harapkan mereka semata-mata.

"Masa aku konvokesyen dulu, aku yang uruskan A-Z, parent aku tinggal datang je. Aku sendiri rasa bersalah kalau nampak abah aku kena drive jauh sampai sakit kaki, inikan pula nak demand macam-macam daripada dia.

"Baju konvokesyen tu tak perlu risau sangat la, pakai biasa-biasa je. Aku dulu konvokesyen ulang pakai baju sama je daripada diploma, degree dan master," kata sebahagian warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Tidak kurang juga ada warga maya yang berpendapat adalah lebih wajar untuk bakal graduan itu untuk tidak menghadiri majlis konvokesyennya.

"Nampak sangat awak ni jenis yang meminta, dah tahu parent ada masalah kewangan, buat la sesuatu untuk konvokesyen awak. Jangan tunggu je, bagus tak datang terus.

"Konvokesyen nak gah, entah-entah result pun biasa je," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain