suria

Korbankan semua wang demi bantu pasangan, isteri kecewa dapat tahu suami letak ibu penama wasiat

Kasih sayang seorang lelaki seharusnya seimbang antara isteri dan ibunya. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah perkahwinan, kepercayaan dan pengorbanan adalah asas penting untuk membina rumah tangga yang bahagia.

Namun apabila salah seorang tidak menghargai pengorbanan pasangannya, pasti akan timbul rasa kecewa seolah-olah segala usaha yang pernah dicurahkan langsung tidak bernilai.

Begitulah yang dirasai oleh wanita ini yang terasa hati dan terkilan gara-gara suami mahu meletakkan nama ibunya sebagai penerima wasiat. 

Wasiat ialah dokumen rasmi yang dibuat oleh seseorang untuk menentukan pembahagian harta selepas meninggal dunia. -Gambar hiasan

"Patut tak aku terasa kalau husband aku nak letak nama penerima wasiat, nama mak dia?

"Setelah aku bagi segala saving (simpanan) aku untuk dia. Segala duit untung berniaga dekat dia sebab nak tolong. Patut tak aku terasa?" luahnya.

Menurut wanita berkenaan, selepas mengetahui 'kedudukan' dirinya dalam hati suami, dia mula terfikir untuk melakukan perkara sama demi kebaikan diri sendiri dan anak-anak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat salam, pintu rumah dah ditutup! Wanita sebak, syak ibu BF sengaja elak berjumpa - "Mak dia tak suka saya ke?"

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu bangun lewat mengadu loya tekak tengok cara mentua masak nasi goreng - “Dia ramas-ramas guna tangan!”

"Sampai aku fikir, tak perlu tolong lagi dah. Baik aku mula saving untuk emergency anak-anak kalau apa-apa jadi kat dia (suami).

"Rasa kejam tak kalau aku minta dia bayar balik hutang aku?" tulisnya lagi. 

  • Seorang wanita terkilan terhadap suami yang mahu letak nama ibunya sebagai penerima wasiat.

  • Wanita itu sebelum ini banyak bantu suami dari segi kewangan dan perniagaan.

  • Dia menggunakan semua simpanan serta hasil keuntungan berniaga untuk bantu suami.

  • Selepas tahu tentang perkara itu, dia mula serik untuk terus membantu.

  • Wanita berkenaan bercadang untuk mula menyimpan demi masa depan dan kecemasan anak-anak.

Ringkasan ini dijana oleh AI

Kisah wanita berkenaan dikongsikan oleh rakannya di laman Threads bagi meminta pandangan warga maya mengenai langkah terbaik yang patut diambil agar suami tidak meminggirkan tanggungjawab kepada anak dan isteri.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil dengan pelbagai cadangan dan saranan selain menasihatkan wanita berkenaan supaya lebih tegas agar haknya sebagai isteri tidak dinafikan sewenang-wenangnya. 

Sebahagian daripada komen netizen.

"Harta yang dikumpul hasil bantuan si isteri pada mula dia berniaga. Jadi ada bahagian si isteri di situ. Selagi si isteri hidup, si isteri kena protect hak sendiri, jangan reda je.

"Kak, kau suruh dia bayar balik semua, lepas ni kalau dia susah suruh dia minta mak dia.

"Sila jadi bijak dalam semua hal terutama duit. Simpan diam-diam untuk waktu susah. Tak bijak memang susahlah jawabnya," demikian antara komen netizen.   

Artikel Lain