PERANCANGAN seorang wanita untuk melangkah ke fasa lebih serius dengan kekasih berakhir dengan kekesalan apabila lelaki itu bertukar fikiran untuk tidak meneruskan pertunangan.Menerusi hantarannya di Thread, dua hari sebelum keputusan itu dibuat, lelaki berkenaan masih berbincang tentang perancangan untuk menghantar rombongan merisik. Namun apabila ditanya semula, dia tiba-tiba berubah fikiran dengan menyatakan rancangan itu tidak perlu diteruskan."Lelaki itu sembang nak datang merisik saya apa semua. Lepas tu bila tanya balik, dia pusing cakap tak payah teruskan pula.Berbincang dengan pasangan sekiranya mempunyai sebarang masalah dalam hubungan. -Gambar hiasan AI"Aku dah siap-siap beli cincin merisik dan gelang untuk acara batal air sembahyang nak mudahkan dia," ceritanya.Tegas wanita ini, walaupun cincin dan gelang itu dibeli sendiri bagi memudahkan urusan pasangan, namun lelaki itu masih perlu membayar semula harga barang kemas tersebut.Malah, dia turut bersetuju menerima hantaran bawah RM10,000 dan sanggup mengikut lelaki itu menetap di negerinya selepas berkahwin.Bagaimanapun, wanita ini tidak menjelaskan alasan atau punca lelaki itu tidak mahu meneruskan rancangan untuk bertunang.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda jual barang hantaran gara-gara tak jadi kahwin dah jumpa pengganti... Jodoh hadir lepas balik umrahARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami berkira teruk, merisik tak mahu bagi cincin tanda... siap kira siapa lebih banyak habis duit"Hantaran pun aku cuma minta RM7,000 dan aku sanggup nak ikut dia tinggal dekat negeri dia bila kahwin nanti."Tapi lepas kami bergaduh, dia block (sekat) aku dekat semua media sosial. Tak apa la, aku tak nak meratap lama."Aku pun dah berumur 30 tahun. Aku nak cari lelaki lain yang sudah bersedia dan serius dengan aku je," luahnya lagi.Rata-rata netizen menasihatinya supaya tidak terlalu memudahkan urusan lelaki yang belum halal hubungan dengan dirinya.Rancangan merisik dibatalkan secara tiba-tiba.Cincin dan gelang sudah dibeli untuk mudahkan urusan pasangan.Setuju hantaran RM7,000 dan ikut tinggal di negeri pasangan.Kekasih bertindak 'block' di semua media sosial.Pilih bangkit dan cari pasangan yang lebih serius.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak apa dik, simpan je semua cincin dan gelang tu. Insya-Allah ada je lelaki lain untuk awak, teruskan mencari. Rajin cari jodoh, cepat jumpa. "Bodohnya lelaki tu. Awak macam isteri saya, yang mudahkan urusan untuk pinang dia. Ada rezeki nanti awak dapat lelaki betul-betul nak awak sebagai suri rumah."Kenapa awak nak senangkan dia. Biar dia usaha walaupun nilai kecil untuk jadikan awak pasangan. Tak perlu nak habiskan duit untuk senangkan suami yang belum halal."Apa tujuan awak nak bagi hutang? Orang lelaki kalau dia nak, dia usaha. Baru awak ada nilai bukan awak yang berusaha lebih," komen beberapa netizen.