TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) boleh membantu memudahkan kehidupan manusia jika digunakan dengan cara yang betul.Namun, seorang pereka grafik meluahkan rasa kesal apabila mendakwa hasil kerjanya mula dibandingkan dengan produk janaan AI. "Macam b*bi bos aku ni. Aku dah buat poster macam yang dia suruh. Tapi dia pertikai, cakap poster aku buruk. Lepas tu tak malu dia ambil poster aku dan prompt dekat Gemini.Konflik di tempat kerja boleh menjadi punca seseorang itu meletakkan jawatan. -Gambar hiasan AI"Lepas tu dia cakap AI lagi lawa daripada aku punya. Baik kau tak payah lantik pereka grafik. Dah la kedekut, bagi aku laptop pejabat yang lembab."Bertahun laptop tak dibaiki, tapi dia pergi kerja naik kereta Mercedes," luah pemuda itu menerusi aplikasi Thread.Di ruangan komen, ramai netizen turut menyuarakan rasa kurang senang mereka terhadap hasil karya janaan AI yang semakin berleluasa.Pereka grafik kongsi realiti dunia pekerjaannya selepas wujudnya teknologi AI.Dia kesal kerana hasil karyanya dibandingkan dengan produk janaan AI.Pemuda itu turut bercerita mengenai sikap kedekut majikannya.Ramai netizen beri nasihat supaya dia akur arahan majikan atau berhenti kerja.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa yang sama, beberapa pelayar Thread turut menasihati pemuda itu supaya memperbaiki mutu kerjanya dan tidak ingkar arahan majikan."Kerja dengan orang, kenalah ikut pemikiran orang tu. Kalau nak ikut cara kita, jadilah bos di syarikat sendiri."Kebiasaannya, designer rasa design dia yang terbaik. Tapi pada orang lain yang melihatnya, ia bukan terbaik.ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah bongkar taktik Gen Z meniru dalam peperiksaan... Selit telefon celah paha, nak cuba nasib buka ChatGPTARTIKEL BERKAITAN: Patut la karangan bahasa Inggeris ‘power’ semacam, rupanya guna ChatGPT - “Mak ayah cakap asalkan kerja sekolah siap”"Buat je apa kerja yang dia nak. Tunggu hujung bulan, dapat gaji," antara komen netizen.Malah, ada yang turut memberi cadangan kepada pemuda itu supaya dia berhenti kerja dan mencari syarikat lain yang lebih menghargai diri serta bakatnya."Saya ada pengalaman macam ni. Saya berhenti. Banyak lagi rezeki dekat luar sana."Tinggalkan tempat tu, berhenti kerja dan cari tempat kerja lain yang boleh buat kau rasa aman," tulis beberapa netizen lagi.