SEMANGAT untuk berkebun boleh terpadam apabila melihat hasil tanaman yang tidak memuaskan.Berdepan situasi sama, wanita ini berkongsi tentang hasil tuaian lobak merah yang terbantut, seolah-olah kekurangan zat dan nutrien dari tanah walaupun pokok hidup subur. Untuk pengetahuan, lobak merah sebenarnya adalah akar tunjang yang membesar atau dikenali sebagai umbi.Anda yang mengalami masalah sama, bolehlah mencuba beberapa tip yang dikongsikan pengguna Facebook, Muhamad Rofi.Menurutnya, lobak menjadi pendek, bercabang dan bengkok kebiasaannya berpunca daripada beberapa faktor.1. Tanah keras, berketul atau berbatuAkar lobak merah memerlukan tanah gembur dan dalam. Apabila akar terlanggar batu atau tanah liat yang keras, akar cenderung menjadi bercabang atau membengkok.Oleh itu, anda perlu menggemburkan tanah pda kedalaman sekurang-kurangnya 20 hingga 30 sentimeter.Pastikan tiada batu atau ketulan tanah besar dan keras di dalam kawasan tanaman.Campuran pasir dan kompos adalah digalakkan kerana medium tanaman akan menjadi lebih ringan. Berkebun merupakan aktiviti kegemaran ramai. -Gambar hiasan AI2. Penggunaan baja kompos belum reputPenggunaan baja turut memainkan peranan penting dalam menentukan hasil tanaman.Ramai yang beranggapan, apa sahaja baja yang digunakan akan memberikan hasil terbaik.Bagi tanaman lobak merah atau jenis berubi, baja tahi ayam dan jenis organik mentah tidak sesuai digunakan kerana boleh 'panaskan' tanah.Seterusnya ia mengganggu pertumbuhan akar dan menyebabkan masalah bercabang.Oleh itu, anda disarankan menggunakan baja kompos yang telah matang atau reput sepenuhnya.Elakkan juga penggunaan baja nitrogen tinggi di awal pertumbuhan.3. Siraman yang tidak konsistenAir merupakan elemen penting dalam tanaman, jika tanah terlalu kering, tumbuhan akan mudah mati dan begitulah sebaliknya.Faktor yang berlaku itu membuatkan akar menjadi 'tertekan' seterusnya menghasilkan bentuk yang tidak cantik.Sebaiknya, anda menyiram pokok dengan kadar yang secukupnya dan dilakukan secara konsisten.Tanah sepatutnya lembap dan bukan becak!4. Anak pokok tak ditipiskanBenih yang ditanam terlalu rapat juga menjadi faktor hasil tanaman atau pokok menjadi terbantut.Keadaan tersebut berlaku disebabkan akar 'berebut' ruang untuk bergerak.Bagi jenis lobak merah dan ubi, hasil yang diperoleh akan lebih kecil dan bengkok.Susulan itu, anda dinasihatkan supaya menggunakan jarak ideal dalam penanaman iaitu lima hingga lapan sentimeter bagi satu pokok.Jangan lupa untuk menipiskan anak pokok supaya akar dapat membentuk dengan baik.