suria

Kereta biasanya beri 4 'petunjuk' ini sebelum rosak, ramai abai akhirnya kos 'repair' tinggi

Kerosakan pada kenderaan kebiasaannya bukan berlaku secara tiba-tiba. -Gambar hiasan AI

MEMANG mencemaskan apabila kereta yang sedang dipandu, tiba-tiba enjinnya mati di tengah jalan.

Ramai yang menganggap kerosakan terjadi ketika pemanduan, namun hakikatnya kebanyakan masalah berpunca daripada kegagalan pemandu mengesannya lebih awal.

Menurut ecotok.my, setiap kenderaan akan memberi 'petanda' kepada pemiliknya sebelum kerosakan berlaku.

Namun malangnya, ramai yang tidak perasan dengan tanda-tanda tersebut sehinggalah berlaku kerosakan besar.

"Kereta bagi hint sebelum rosak, tapi ramai tak perasan," ujarnya di TikTok.

Sebagai pemandu dan pemilik kenderaan, apa kata anda amati tanda-tanda ini semasa pemanduan bagi mengelakkan poket 'rabak' di kemudian hari disebabkan kos pembaikan yang tinggi.

1. Enjin rasa berat atau pickup hilang

Anda mungkin pernah merasakan kereta bergerak perlahan walaupun setelah menekan pedal minyak.

Jika anda menyedarinya, ia berkemungkinan berpunca daripada palam pencucuh (spark plug) lemah atau coil telah rosak mahupun filter kotor.

Kegagalan mengenal pasti masalah yang berlaku akan menyebabkan masalah berlarutan sehingga enjin menjadi 'semput'.

Pelanggan lebih gemar mendapatkan khidmat mekanik di bengkel kenderaan

Pelanggan akan mendapatkan khidmat mekanik di bengkel kenderaan jika kereta rosak.

2. Bunyi pelik keluar enjin

Sekiranya anda mendengar bunyi 'krek krek' atau 'tak tak' semasa menghidupkan enjin, ia menunjukkan belt kereta telah longgar.

Situasi tersebut berkemungkinan petanda bahawa bearing hampir habis.

3. Getaran tak normal

Seandainya kereta mengalami getaran yang kuat semasa berhenti atau dalam keadaan idle, ia menandakan mounting enjin telah haus atau pemasangan plug tidak sempurna.

Kadang kala, faktor rim bengkok juga boleh menjadi punca kereta bergetar.

Jika dibiarkan, kenderaan anda akan mengalami kerosakan yang lebih teruk.

4. Bau hangit

Kebocoran atau terdapat komponen yang terlebih panas akan menghasilkan bau getah terbakar mahupun minyak hangit.

Jangan leka apabila anda menyedari situasi ini kerana dibimbangi kereta terbakar semasa pemanduan.

Artikel Lain