suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai mengeluh kena siang ikan bersisik... Guna 2 bahan dapur sahaja untuk hasil memuaskan

Sisik ikan mudah dibuang dengan menggunakan dua bahan.

MEMANG melecehkan jika ingin masak ikan siakap tiga rasa atau gulai kari ikan merah.

Bukan sahaja renyah semasa proses buang sisik, dapur pun akan penuh dengan sisik ikan yang 'berterbangan'.

Di TikTok seorang wanita berkongsi cara mudah dan santai untuk membuang sisik.

Malah hanya dua bahan yang digunakan pemilik akaun @duyungprincess bagi menghilangkan sisik pada ikan.

 Bahan-bahan:

1. Garam

2. Limau nipis

Langkah-langkah:

1. Lumurkan ikan dengan limau nipis supaya sekata di seluruh sisik.

2. Kemudian taburkan garam di atasnya.

3. Pastikan garam disalut sepenuhnya pada ikan dan biarkan selama kira-kira 30 minit.

4. Kaup semua sisik pada ikan dan bersihkan.

Artikel Lain