suria

Nazim Othman dah buka hati untuk kembali bergelar suami, jawab foto tular kahwin Sherry Al Hadad

BERGELAR duda bukan alasan untuk terus menutup pintu hati, pelakon Nazim Othman mengakui kini berada dalam fasa lebih terbuka sekiranya kembali bertemu jodoh.

Nazim atau Nushrul Alif Othman, 42, bagaimanapun berkata dia tidak terlalu terdesak untuk mencari kerana sudah terbiasa menjalani kehidupan secara solo.

“Saya sudah terbiasa (bujang). Nak kata fasa tidak mencari dan tak menanti itu, tak juga. Erti kata lain, saya tidak menolak dan terbuka serta bersedia kalau ada jodoh.

“Kalau sebelum ini, jawapan saya tidak mencari atau menanti. tapi pada fasa ini, saya di ruangan terbuka. Kalau Allah izin insyaAllah.

“Cuma apa yang boleh saya cakap setakat hari ini saya single lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi