suria

Mawar Rashid tak boleh tidur ‘nervous’ anak baru masuk sekolah, rutin harian lebih sibuk

PELAKON Mawar Rashid memberitahu buat masa ini dia terpaksa menolak mana-mana tawaran berlakon.

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, keputusan ini dibuat kerana mahu memberikan fokus buat anak sulungnya iaitu Raden Muhammad Rafael yang baru sahaja memasuki alam persekolahan tahun ini.

“Buat masa sekarang sekarang ini saya hanya fokus untuk menjaga anak-anak memandangkan anak sulung saya iaitu Rafael sudah masuk darjah satu.

“Saya ada dapat tawaran berlakon telemovie tapi terpaksa tolak buat masa ini sebab anak saya baru sekolah kan jadi bagi masa sikit sekarang ini jaga anak.

“Kalau ada rezeki dan watak yang bersesuaian serta tidak menganggu jadual saya dengan anak-anak mungkin saya akan terima untuk berlakon,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi