suria

Fedtri Yahya bermula sebagai pengacara sukan, hafal nama pemain bola... Cerita jadi ‘bidan terjun’ majlis kahwin TokTi

ISTIMEWA Flashback kali ini akan mengimbau perjalanan pengacara televisyen dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya ketika awal menceburi bidang penyiaran.

Memulakan karier sekitar tahun 2003 sebagai pengacara, Fedtri atau Ahmad Fedtri Yahya, 45, mendedahkan dia bermula berkhidmat untuk program sukan selama beberapa tahun.

Menurut Fedtri, minat mendalam terhadap sastera membuatkan dia memiliki kelebihan berbanding pengacara lain dan mendapat perhatian di awal kemunculannya.

“Saya terlibat dengan dunia penyiaran pada tahun 2003 jadi tahun ini sudah masuk 23 tahun dalam industri ini, selain aktif di TV3, saya juga bergiat aktif sebagai penulis lirik untuk artis terkenal tanah air.

“Saya memang aktif di kampus dulu, ketika itu memang banyak menyertai ujibakat tapi ketika itu peluang yang ada hanya bidang sukan, disebabkan minat saya teruskan juga cumanya agak mencabar kerana bukan keutamaan sukan masa itu.

“Walaupun baru tapi disebabkan bahasa yang saya gunakan itu membuatkan nampak unik daripada pengacara sukan lain sehingga saya diberikan tugasan untuk menjadi pengacara majlis perkahwinan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ketika itu saya baru lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi