RAMAI menyangka usahawan dan personaliti media sosial, Natasha Ozeir merupakan ahli keluarga kerabat diraja sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘Tengku’.Menjelaskan kekeliruan itu, Natasha, 40, berkata dia sebenarnya bukan daripada golongan kerabat diraja, sebaliknya insan biasa yang dilahirkan di Sabah. Menurut Natasha, ibunya berasal dari Sabah manakala arwah bapanya pula berketurunan Lubnan.Natasha bersama bapa dan abangnya.“Sebenarnya ramai yang keliru dan salah faham. Ibu saya orang Sabah, arwah ayah pula dari Lubnan.“Arwah ayah saya berkahwin dengan kakak Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan ibu tiri saya. “Saya faham kenapa orang salah sangka, tapi saya sangat bangga menjadi orang Sabah. Di profil media sosial pun saya memang selalu nyatakan saya berasal dari Sabah,” katanya.Bagaimanapun, Natasha mengakui dirinya mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga kerabat Pahang dan menganggap adik-beradik tirinya seperti keluarga kandung sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bakal terbit drama pendek, janji tak hasilkan karya syok sendiriARTIKEL BERKAITAN: Sering dikecam pakai busana ratusan ribu ringgit, Haliza Maysuri beli set kain kafan premium daripada Rizalman Ibrahim… “Akhirat pun kenalah yang berjenama”Malah dia percaya hubungan erat dengan kerabat Pahang membuatkan ramai mudah membuat andaian mengenai status dirinya.“Kakak dan adik tiri saya sudah anggap saya macam adik-beradik kandung. Hubungan kami sangat rapat. “Kerabat Pahang memang sangat baik. Contohnya baru-baru ini ketika saya sakit di Singapura, mereka semua datang melawat.“Saya dikelilingi dengan orang yang baik-baik, jadi saya tak salahkan orang yang salah sangka,” kongsinya lagi.Dalam pada itu, Natasha turut berkongsi keluarganya menetap di pelbagai negara namun disebabkan dia menetap di Kuala Lumpur membuatkan dirinya sering meluangkan masa dengan keluarga kerabat Pahang. “Keluarga saya secara peribadi (dari Sabah), sepupu saya tinggal di Stanford, California, ada yang di New York, di Los Angeles dan ada juga yang menetap di Switzerland. Mereka ada di mana-mana.“Di Kuala Lumpur pula, saya banyak meluangkan masa bersama keluarga Pahang. Mungkin sebab itu orang ingat saya kerabat diraja, sedangkan tidak,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube