suria

[V] “Nedim sentiasa ada tempat istimewa di hati” – Kebahagiaan bekas suami antara doa Nora Danish

PELAKON Nora Danish meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan bekas suaminya, Nedim Nazri yang sedang hangat bercinta dengan aktres Nadia Brian sejak Disember lalu.

Nora, 43, berkata kebahagiaan Nedim sentiasa menjadi antara doa yang sering dititipkan kerana percaya bekas suaminya itu juga layak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Itu memang antara doa saya. Saya mahu dia menemui kebahagiaannya sendiri kerana dia layak untuk bahagia.

Hubungan Nora dan Nedim masih lagi baik demi anak-anak.

“Walaupun kami sudah berpisah, tidak bermakna saya perlu membencinya. Dia adalah seseorang yang pernah saya cintai sehingga kami dikurniakan anak bersama.

“Nedim akan sentiasa ada tempat istimewa dalam hati saya. Dengan siapa pun dia berkawan atau kenal, saya tetap doakan kebahagiaannya,” katanya kepada mStar.

Menurut Nora, bukan hanya dia menerima keadaan tersebut dengan hati terbuka, malah anak lelaki mereka, Mohamed Neqayl atau mesra disapa Nene, turut menerima kehadiran teman wanita bapanya dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang menilai pasangan hidup, Nora Danish mahu cari sekufu

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa kali pertama kendali podcast, anggap ‘me time’ bersama Nora Danish dan Natasha Ozeir

“Daripada luaran, saya lihat Nene menerima dengan baik. Satu perkara tentang dia, Nene memang mudah mesra. Sesiapa yang melayannya dengan baik, dia akan cepat rapat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nora mengakui masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan Nadia dan hanya mengetahui mengenai hubungan mereka menerusi media sosial.

“Saya tidak tahu mereka sedang berkenalan sehingga dikejutkan dengan gambar yang tular. Setakat ini, saya masih belum diberi peluang untuk berjumpa dengan Nadia,” luahnya.

Nora miliki dua orang cahaya mata.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Selepas tujuh tahun hidup bersama, pasangan itu nekad membawa haluan masing-masing apabila bercerai dengan talak satu pada 19 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain