suria

Rakam lagu duet bersama Rohana Jalil, Kilafairy sedih suara arwah masih terngiang-ngiang

PELAKON dan penyanyi Kilafairy memberitahu dia bakal merakamkan semula lagu duet bersama arwah ibunya iaitu Rohana Jalil.

Menurut Kila atau Syakila Nisa binti Jahangir Khan, 34, idea itu muncul kerana dia ingin menyambung hasrat dan permintaan arwah ibunya itu.

“Saya akan merakam lagu baru berduet dengan arwah mama sebab ada satu sampel suara dia kemudian kami putuskan hasilkan sebuah lagu.

“Saya fikirkan sebab tidak pernah ada lagu dengan arwah mama jadi memang nak sangat ada lagu duet dengan dia, sekarang ini kami baru siapkan muzik dan tengah cari melodi untuk menyanyikan lagu ini.

“Jadi kami macam tersekat pada satu bahagian lirik, saya akan menangis dan tidak boleh teruskan sebab seluruh lagu ini berkaitan dengan arwah mama,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi