Masalah terkucil yang dialami membautkan golongan wanita berasa was-was untuk menunaikan solat. -Gambar hiasan AI
SEGELINTIR wanita akan mengalami masalah terkucil atau kencing tidak lawas (inkontinens urin) selepas melahirkan anak.Situasi yang dialami itu adakalanya menyukarkan mereka melakukan pelbagai aktiviti harian selain diselubungi bau yang kurang menyenangkan. Bagi wanita Islam, masalah kesihatan yang dialami itu membuatkan mereka berasa was-was untuk menunaikan solat fardu terutama sekali apabila berada di tempat awam atau pejabat.Malah penggunaan tuala wanita atau pad adakalanya 'tidak membantu' berikutan kebocoran mungkin boleh berlaku.Bagi menjawab persoalan itu, pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun berkongsi pandangan Mazhab Syafie tentang perkara yang wajib dilakukan sebelum menunaikan solat.1. Penyakit hadas ini tidak menggugurkan kewajipan solat dan berpuasa, juga ia tidak menghalang seseorang untuk berjimak atau selainnya (daripada ibadah).Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang bertemu Rasulullah SAW lalu bertanya, Wahai Rasulullah! aku adalah seorang wanita yang beristihadhah, dan oleh kerana itu aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu meninggalkan solat, adapun istihadhah itu adalah sejenis darah penyakit dan bukannya darah haid. Apabila haid datang maka engkau tinggalkanlah solat, dan apabila ia putus (berhenti), maka bersihkanlah dirimu daripada darah tersebut (dengan mandi) dan hendaklah engkau menunaikan solat. (HR al-Bukhari, hadis sahih)Memastikan diri bersih daripada hadas adalah wajib sebelum menunaikan solat. -Gambar hiasan AI2. Perlulah dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian ikhtiarkan dengan sesuatu yang boleh menutup bahagian kemaluan tersebut seperti membalutnya dengan kapas, memakai tuala wanita, lampin atau apa cara sekalipun agar titisan air kencing itu dapat dihalang daripada terus menitis.Sebaiknya pembersihan ini dilakukan selepas berusaha semampunya untuk mengurangkan titisan air kencing tersebut agar dapat dikurangkan najis ketika menunaikan ibadah. 3. Mereka yang menghadapi masalah ini perlulah segera berwuduk setelah berhati-hati membersihkan kemaluan (dengan merasakan tidak lagi menitis air kencing selepas ia dibalut atau ditutup).Wuduk tersebut perlulah diambil selepas masuknya waktu solat.Hal yang demikian kerana wuduk tersebut berlaku pada keadaan bersuci yang darurat, jika dia berwuduk sebelum masuk waktu maka wuduk itu terbatal.4. Wajib berwuduk bagi setiap solat fardu, dan dia boleh menunaikan beberapa solat sunat dengan wuduk yang sama.Ini berdasarkan sambungan hadis di atas yang diriwayatkan daripada Hisyam bin Urwah R.Anhuma daripada bapanya, katanya: Kemudian kamu berwuduk untuk setiap solat (fardu), apabila masuknya waktu solat tersebut. (HR Bukhari, hadis sahih) 5. Wajib segera menunaikan solat selepas berwuduk untuk mengurangkan hadas, namun tiada masalah jika dia melewatkan sedikit solat tersebut disebabkan oleh maslahah solat, seperti menutup aurat, mendengar azan dan iqamah, menunggu untuk solat berjemaah, mencari kiblat, menuju ke masjid atau mencari sutrah. Kesemua ini tidak memudaratkan wuduk meskipun dalam tempoh tersebut menitis air kencing.Menunaikan solat adalah satu kewajipan pada umat Islam. -Gambar hiasanOleh yang demikian, para fuqaha’ menggalakkan bagi mereka yang menghidapi penyakit ini agar datang lewat ke masjid supaya mereka tidak perlu menunggu sehingga jemaah lain tiba.Sekiranya dilewatkan solat tanpa adanya maslahah (kepentingan), maka wuduk itu terbatal. Wajib ke atasnya untuk mengulangi wuduk tersebut bagi tujuan berhati-hati kerana berulang hadas serta najis tersebut.Fuqaha’ juga mengikat perbuatan ‘melewatkan solat’ bagi yang menghadapi penyakit kencing tidak lawas dengan ‘adanya maslahah’.Syeikh Zainuddin al-Malibari berkata Demikian seperti salasul baul perlu menyegerakan solat (setelah berwuduk), sekiranya dia melewatkan (solat) kerana kemaslahatan solat itu seperti menunggu jemaah atau solat Jumaat didirikan, dan meskipun dia melewatkan (solat) dari awal waktu seperti pergi ke masjid maka tidak memudaratkan (tidak terbatal wuduknya). (Lihat Fathu al-Mu‘in Syarh Qurrah al-‘Ain, hlm. 47)Mereka yang mengalaminya boleh menggantikan balutan atau yang seumpamanya dengan yang baru sekiranya dia memperbaharui wuduk.Hal yang tersebut kerana balutan tersebut terkena najis, dan solat mereka yang membawa najis tidak sah.Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dibersihkannya) dan dibolehkan untuk mendirikan solat dengan memakai kasut itu. (HR Abu Daud, hadis sahih)Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa disunatkan memercikkan air ke seluar atau pakaian supaya jika datang perasaan was-was atau perkara yang tidak pasti, boleh menganggap bahawa air pada pakaian tersebut adalah air percikan tadi dan bukan kencing.Imam al-Nawawi berkata: Disunatkan untuk mengambil secedok air kemudian direnjiskan pada kemaluan dan bahagian dalam seluar atau kain selepas istinjak bagi mengelakkan was-was.(Lihat al-Majmu‘, 2/112)