Duduk di kawasan separuh teduh, separuh panas boleh menjejaskan kesihatan akibat perbezaan suhu panas. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita berkongsi pengalaman terdengar perbualan seorang ibu dengan anak di sebuah kawasan rekreasi yang secara tak langsung memberi ilmu baharu kepada dirinya.Menurut wanita itu, dia berjoging di kawasan tersebut dan berehat di bawah sepohon pokok sebelum terdengar perbualan mereka berdua. “Tak boleh duduk antara kawasan teduh dan terik matahari (separuh teduh, separuh panas) sebab tu tempat duduk syaitan," kata si ibu kepada anaknya.Kata-kata itu membuatkan wanita berkenaan terkejut dan tertanya-tanya akan kesahihannya.Dari sudut saintifik ia memberi kesan kepada peredaran darah. -Gambar hiasan AITidak mahu beranggapan ia sekadar mitos, dia terus membuat carian di Google. Hasil semakan mendapati memang wujud hadis yang menyebut larangan duduk di tempat separuh teduh dan separuh panas.Sementara itu, semakan di islamweb.net mendapati umat Islam dilarang duduk dengan separuh badan berada di tempat teduh dan separuh lagi terdedah kepada cahaya matahari, berdasarkan hadis sahih Rasulullah SAW.Menurut riwayat Ibn Majah yang dinilai sahih oleh ulama hadis terkenal, Syeikh al-Albani, Rasulullah SAW melarang perbuatan tersebut kerana ia memberi kesan buruk kepada tubuh.Larangan berkenaan turut dikaitkan dengan perbuatan syaitan. Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi SAW bersabda bahawa cara duduk sedemikian menyerupai cara syaitan duduk.Para ulama menjelaskan, selain faktor kesihatan akibat perbezaan suhu panas dan teduh, larangan ini juga bertujuan mengelakkan umat Islam meniru perbuatan syaitan, sama seperti larangan makan dan minum menggunakan tangan kiri.Bagaimanapun, pihak islamweb.net tidak menemui hadis dengan lafaz tepat seperti yang sering disebut bahawa sesiapa yang duduk separuh teduh dan separuh panas adalah rugi, namun maksudnya tetap bertepatan dengan hadis sahih yang ada.Sudut saintifikDuduk separuh di bawah bayang-bayang dan separuh di bawah cahaya matahari menyebabkan perbezaan suhu badan yang ekstrem, mengganggu:- Peredaran darah- Kestabilan suhu badan (thermoregulation)- Keselesaan otot dan saraf