SEORANG wanita menarik perhatian warga maya apabila berkongsi pengalaman mengetatkan faraj selepas melahirkan tiga orang cahaya mata.Katanya, proses berkenaan walaupun pada peringkat awal kelihatan menakutkan tetapi tidak menyakitkan. "Yang ada anak ramai tu tolong la buat ini untuk ketat dan putihkan faraj," katanya menerusi perkongsian di Threads.Daripada sudut hukum, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa prosedur tersebut melibatkan aspek mengubah ciptaan Allah dan penentuan hukumnya bergantung kepada niat dan tujuan rawatan tersebut.Rawatan bertujuan merawat penyakit atau memulihkan kecacatan akibat kemalangan adalah harus. -Gambar hiasan"Prosedur rawatan laser vaginal tightenin atau mengetatkan otot-otot faraj melibatkan proses mengubah ciptaan Allah."Memandangkan kelonggaran faraj termasuk dalam kategori perubahan semula jadi yang berlaku kepada para wanita disebabkan kekerapan bersalin, penuaan, genetik mahupun kerja-kerja berat. "Justeru, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan hukum adalah niat melakukannya sama ada ia bertujuan kosmetik semata-mata atau atas dasar maslahah daruriyyat atau hajiyyat," katanya.1. Harus- Jika rawatan bertujuan merawat penyakit atau memulihkan kecacatan akibat kemalangan, untuk mengembalikan bentuk dan fungsi asal faraj.- Ia termasuk dalam kategori maslahah daruriyyat (keperluan mendesak).2. Haram- Jika rawatan dilakukan sebagai kosmetik (tahsiniyyat) semata-mata atau untuk meningkatkan kepuasan seksual pasangan.- Larangan ini kerana kelonggaran faraj adalah proses semula jadi akibat penuaan atau kekerapan bersalin, dan rawatan kosmetik termasuk mengubah ciptaan Allah.- Terdapat risiko fitnah kerana melibatkan pendedahan aurat yang bukan untuk tujuan perubatan.