suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami cekik isteri sampai habis nyawa, mayat dibuang di kawasan pergunungan

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya sebelum bertindak membuang mayat mangsa di kawasan pergunungan.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 58 tahun diberkas pihak berkuasa selepas dipercayai terlibat dalam kematian isterinya yang berusia 57 tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan pergunungan di Tokunoshima, Kagoshima, Jepun, apabila suspek dipercayai mencekik mangsa sebelum meninggalkan mayat di lokasi berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, suspek yang dikenal pasti sebagai Morihito Toyo, mengaku melakukan perbuatan tersebut ketika disoal siasat polis.

Kematian itu terbongkar Isnin lalu selepas ahli keluarga mangsa menghubungi talian kecemasan 110 apabila mendapati wanita itu hilang selama dua hari. 

Bagaimanapun, suspek masih belum mendedahkan motif sebenar pembunuhan berkenaan. -Agensi

Artikel Lain