PEMPENGARUH media sosial, Alina Amir, menafikan dakwaan kononnya terdapat video lucah melibatkan dirinya yang tersebar di internet.Menurut TikToker Pakistan itu, video berunsur seksual berkenaan sebenarnya dihasilkan melalui teknologi teknik 'deepfake' serta kecerdasan buatan (AI). "Ini adalah satu bentuk gangguan, jenayah dan keganasan digital. Kita harus ambil tindakan terhadap penyalahgunaan AI sebelum lebih ramai yang merana," ujarnya di Instagram.Alina turut menyeru Ketua Menteri Wilayah Punjab, Maryam Nawaz, agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan video rekaan tersebut.Pempengaruh itu turut mengumumkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai individu di sebalik penghasilan video palsu berkenaan. Untuk rekod, Alina Amir mula meraih populariti selepas menghasilkan video menggunakan dialog filem Bollywood.Sehingga kini, dia mempunyai lebih 2.5 juta pengikut di Instagram dan hampir 2.3 juta pengikut di TikTok. -Agensi