20 ekor kucing serta seekor anjing berjaya diselamatkan oleh sukarelawan dari Yayasan Phu Hai Yom Jai Pen Sook. -Foto Dailynews
SEKUMPULAN sukarelawan menyelamatkan 20 ekor kucing serta seekor anjing yang dibiarkan kelaparan selama enam hari di sebuah rumah sewa di Nonthaburi, Thailand.Hal itu berpunca daripada penghuni unit berkenaan tidak dibenarkan masuk selepas dia gagal membayar sewa, sekali gus menyebabkannya semua haiwan peliharaannya terbiar tanpa diberi makan dan minum. Operasi itu diketuai Dr Pornthipha Supattanukul daripada Yayasan Phu Hai Yom Jai Pen Sook, bersama lebih 10 sukarelawan susulan aduan yang diterima melalui Facebook.Berdasarkan siasatan, pemilik rumah sewa itu berkata perjanjian asal hanya membenarkan tiga ekor haiwan sahaja dibela dalam unit kediaman berkenaan.Setelah berbincang, pemilik memaafkan tunggakan sewa hampir 10,000 baht (RM1,280) dan memberi syarat supaya semua haiwan serta barang-barang dikeluarkan pada hari yang sama.Dr Pornthipha kemudian menempatkan semua haiwan itu di pusat perlindungan yayasan untuk rawatan kerana kebanyakannya berada dalam keadaan sangat kurus. Yayasan itu turut bersedia menyediakan tempat tinggal sementara untuk penghuni bilik sewa itu sementara dia mencari kediaman baharu. -Agensi