Dr Brosco memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati ketika aktiviti seksual. -Foto Newsflash
SEORANG lelaki muda terpaksa dikejarkan ke hospital apabila sebuah botol deodoran tersangkut di rektumnya selepas ia dimasukkan melalui dubur.Pesakit berusia 19 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu dimasukkan ke sebuah hospital di Sao Paulo, Brazil, akibat kesakitan melampau. Menurut laporan media tempatan, dia mengalami ketidakselesaan abdomen selepas memasukkan deodoran itu semasa aktiviti seksual.Pakar bedah kolorektal, Daniel Brosco, berkata objek tersebut bergerak ke dalam dan tersekat di rektum pesakit.Pasukan perubatan kemudian menjalankan prosedur pengeluaran untuk mengelakkan komplikasi serius.Semasa prosedur dijalankan, doktor memantau keadaan keseluruhan pesakit untuk mengelakkan kemungkinan pendarahan dalaman.Dr Brosco menunjukkan deodoran yang digunakan oleh pesakit berkenaan. -Foto NewsflashDalam pada itu, Dr Brosco berkata dia berkongsi kisah pesakit berkenaan secara terbuka bagi memberi amaran kepada orang ramai."Eksperimen seksual seperti ini berpotensi membawa akibat yang boleh membawa maut. Fantasi bukan masalah. "Masalahnya ialah (pelaku) tidak menggunakan objek yang direka untuk tujuan ini,” katanya.Tambah Dr Brosco, dia pernah merawat pesakit yang mengalami jangkitan teruk dan meninggal dunia selepas insiden serupa.Doktor itu berkata kes-kes melibatkan objek asing tersekat di rektum semakin kerap berlaku.Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dia merawat pesakit yang memerlukan pengeluaran pelbagai objek termasuk ubi kentang, bahagian kerusi, botol kaca dan alat penyumbat anal. -Agensi