suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditahan selepas disyaki sebar video lucah, rakam video intim dengan anak angkat

Amang seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap anak angkat lelakinya yang masih di bawah umur.

Suspek yang berusia 38 tahun itu turut didakwa merakam adegan intim tersebut sebelum ditunjukkan kepada individu lain.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di daerah Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia pada 28 September 2025.

Perbuatan itu terbongkar selepas laporan dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kemudiannya membawa kepada siasatan pihak berkuasa.

Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan kini direman di Rumah Tahanan Polis Daerah Sambas selepas ditetapkan sebagai tertuduh pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Sambas pada Selasa melalui pegawai perhubungan awam memaklumkan siasatan dijalankan secara telus serta mengutamakan perlindungan terhadap mangsa.

Suspek kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang jenayah Indonesia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 12 tahun, jika sabit kesalahan. -Agensi

 

Artikel Lain