suria

Bapa mengaku tak menyesal hempuk kepala anak guna tong gas sampai mati

Lokasi kejadian pembunuhan seorang anak oleh bapa kandungnya sendiri. -Foto polis Sukodadi

HASIL siasatan polis mendapati, motif seorang bapa berusia 77 tahun membunuh anak kandungnya pada pagi Jumaat lalu adalah disebabkan pertikaian berkaitan harta pusaka.

Kejadian berlaku di Lamongan, Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Lamongan, AKBP Arif Fazlurrahman berkata, sebelum kejadian, hubungan di antara dua beranak itu sudah lama tidak harmoni.

Menurutnya, suspek bertindak dalam keadaan sedar kerana mampu menceritakan tentang kejadian secara terperinci, mengaku bersalah dan bersedia bertanggungjawab.

Dia juga tidak menunjukkan penyesalan selepas mengaku membunuh anaknya yang berusia 56 tahun itu.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dipukul di bahagian kepala sebanyak lima kali menggunakan tong gas seberat tiga kilogram ketika sedang tidur.

Selepas kejadian, bapanya menutup kepala mangsa dengan bantal sebelum meninggalkan lokasi. 

Perbuatan itu hanya disedari selepas isteri mangsa pulang dari pasar.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek beberapa kali pernah menyuarakan niat untuk membunuh mangsa yang bekerja sebagai guru.

Hasil pemeriksaan psikologi pula mendapati suspek berada dalam keadaan mental yang normal dan tidak mengalami sebarang gangguan jiwa.

Susulan itu, suspek kini berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. -Agensi

Artikel Lain