suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki kerat badan teman wanita, sumbat dalam guni... Kepala dibuang dalam longkang

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan AI

POLIS menahan seorang lelaki susulan penemuan mayat wanita yang dikerat dan disumbat ke dalam guni selepas mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Jumaat.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 1 pagi di kawasan Parvati Vihar, Agra India pada Sabtu, namun bahagian kepala tiada, sekali gus mencetuskan siasatan terperinci pihak berkuasa.

Susulan laporan orang hilang, empat pasukan khas ditubuhkan dan lebih 100 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diteliti sebelum polis mengesan seorang lelaki membawa guni menggunakan skuter milik mangsa.

Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan itu, suspek yang dikenali sebagai Vinay, rakan sekerja mangsa, berjaya ditahan dalam tempoh 12 jam selepas mayat ditemukan.

Vinay (kiri) membunuh teman wanitanya sebelum bahagian badan dimasukkan ke dalam guni.

Hasil soal siasat, suspek mengaku mempunyai hubungan dengan mangsa dan membunuh wanita itu menggunakan pisau di pejabatnya selepas berlaku pergaduhan.

Pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu Vinay yang mengesyaki kekasihnya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut polis Uttar Pradesh, mayat mangsa dipotong sebelum dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke Sungai Yamuna, manakala bahagian kepala dibuang secara berasingan di longkang berhampiran.

Suspek turut berpura-pura membantu keluarga mangsa membuat laporan orang hilang bagi mengelakkan dirinya disyaki.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Bandar, Syed Ali Abbas memaklumkan bahagian kepala mangsa masih belum ditemukan dan usaha pencarian diteruskan. -Agensi

Artikel Lain