suria

Tragedi pucuk paku... Pakcik botak rogol wanita OKU hingga hamil!

Suspek (kanan) ditahan selepas siasatan dijalankan pada 23 Januari lalu. -Foto polis daerah Landak

SEORANG lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki merogol wanita orang kurang upaya (OKU) sehingga mangsa hamil.

Perbuatan itu hanya disedari keluarga mangsa yang merupakan OKU masalah pembelajaran pada Disember 2025 selepas melihat perubahan fizikalnya serta ketiadaan haid.

Mangsa kemudian menceritakan apa yang dilaluinya kepada ahli keluarga terdekat.

Difahamkan kejadian berlaku di Desa Bebatung, Landak, Indonesia ketika mangsa pergi ke rumah suspek untuk menjual pucuk paku pada Oktober 2025 sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.

Satu lagi kejadian dipercayai berlaku di kawasan hutan di belakang rumah mangsa.

Keluarga pada awalnya cuba menyelesaikan perkara itu secara adat namun akhirnya mengambil keputusan membuat laporan di Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polis Daerah Landak pada 6 Januari lalu.

Suspek diberkas pada 23 Januari lalu kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan selepas hadir memberi keterangan sebagai saksi, sebelum statusnya ditukar kepada suspek pada hari sama.

Ia susulan selepas penyiasat menemukan bukti kukuh wujud elemen kesalahan terhadap warga emas tersebut.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan disiasat di bawah Pasal 473 ayat (2) huruf d Kanun Keseksaan Indonesia (KUHP). -Agensi

Artikel Lain