SEORANG pegawai sebuah syarikat ditahan polis selepas dipercayai memiliki bahan lucah melibatkan kanak-kanak yang disyaki diperoleh daripada seorang guru.Menurut laporan pasukan penyiasat bersama polis wilayah Aichi dan Nagasaki di Jepun, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kerana disyaki melanggar akta dan undang-undang melibatkan pornografi kanak-kanak. Polis memaklumkan suspek, Hiroyuki Yoshiura, didakwa memiliki rakaman video yang dibuat secara tersembunyi memaparkan seorang pelajar perempuan sedang menukar pakaian di bilik persalinan sekolah.Hiroyuki yang berasal dari bandar Saza, Nagasaki itu dipercayai menjadi ahli sebuah kumpulan di laman sosial (SNS).SNS digunakan oleh individu daripada pelbagai latar belakang termasuk guru-guru untuk berkongsi rakaman-rakaman tidak bermoral.Menurut polis lagi, Hiroyuki disyaki memperoleh rakaman tersebut daripada seorang guru dikenali sebagai Yudai Suzuki berusia 32 tahun.Yudai sebelum ini ditahan kerana disyaki merakam pelajar perempuan yang sedang menukar pakaian di sebuah sekolah, namun lokasi kejadian tidak didedahkan.Polis turut memaklumkan Yudai mengaku memasang beberapa kamera kecil di dalam bilik persalinan perempuan bagi tujuan merakam mangsa secara rahsia. -JapanToday