suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki sedang hirup secawan kopi maut diserang adik ipar... Alami cedera parah pada leher, tangan

Polis menanda kawasan di lokasi kejadian yang meragut nyawa Suhar pada Sabtu.

SEORANG lelaki maut selepas diserang adik ipar ketika seluruh keluarga masih bersedih dengan kehilangan bapa pada Jumaat, 23 Januari lalu.

Mangsa, Suhar Efendi, 53, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami beberapa kecederaan serius pada bahagian leher dan tangan.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Lubuklinggau, Indonesia ketika penduduk kampung selesai melaksanakan upacara pengebumian bapanya pada Sabtu.

Difahamkan, mangsa tidak turut serta dalam urusan pengebumian tersebut, sebaliknya berada di sebuah rumah sambil minum kopi bersama adik iparnya, Supriadi, 30.

Tidak lama kemudian, berlaku pertengkaran sebelum suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan sebilah parang dengan menetak sebanyak lapan kali. 

Keadaan sekitar yang sunyi ketika itu menyebabkan kejadian berkenaan tidak disedari orang ramai.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Lubuklinggau Utara, Sumardi Candra memaklumkan, pihaknya telah menahan suspek untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian. -Agensi

Artikel Lain